Page 150 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 150

Penyelidikan dan Inovasi

                 Penglibatan  Universiti  Pertahanan  Nasional  Malaysia  di  dalam  Pameran  Seoul
                 International Invention Fair (SIIF) 2021
                 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bah nyelidikan dan Inovasi (BPI) telah
                 menyertai Pameran Seoul International Invention Fair (SIIF) 2021 yang berlangsung di COEX,
                 Seoul, Korea (Berlangsung secara dalam talian) bermula daripada 1 sehingga 4 Disember
                 2021. Pameran SIIF 2021 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan
                 pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran
                 terhadap  reka  bentuk  produk  dan  perkhidmatan  di  peringkat  antarabangsa.  Pameran
                 tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian
                 tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari rantau Asia
                 dan Eropah. Sebanyak 4 penyertaan produk daripada 4 orang pensyarah/penyelidik UPNM
                 telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya memperoleh 2 pingat gangsa
                 daripada 4 penyertaan produk penyelidikan tersebut. Ini merupakan pencapaian yang
                 membanggakan bagi Universiti. Senarai penuh pemenang adalah seperti di Jadual 40:

                  Jadual 40:   Senarai Penuh Pemenang Dalam Pameran (SIIF) 2021

                 Bil.     Nama Penyelidik               Nama Produk                   Fakulti/ Pusat

                                                       Pingat Gangsa
                  1.    Mejar Prof. Madya Ir. Dr.   Portable Spring and Components  Pusat Penyelidikan dan Teknologi
                       Razali bin Abidin (Bersara)  Checking Tools for 5.56mm -   Pertahanan (CODRAT)
                                                  12.7mm Small Arms Weapon
                                                          Systems
                  2.  Prof. Madya Mohd Hazali bin  Sibersasar: Cyber Range System   Pusat Keselamatan Siber dan
                           Mohamed Halip          for Cyber Battlefield Exercise  Revolusi Industri Digital (PKSRID)

                 Tahniah diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI), UPNM dan penyelidik-
                 penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM dalam bidang penyelidikan
                 dan inovasi serta membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing di peringkat antarabangsa.







































                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   149
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155