Page 131 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 131

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

              Program  ini  memberi  pendedahan  kepada  pelajar  baharu  mengenai  sistem  pembelajaran  di
              universiti, kehidupan dan transfomasi penyesuaian diri dalam alam baru di kampus. Sepanjang
              program  berlangsung,  pelajar-pelajar  yang  dibimbing  oleh  para  fasilitator  telah  menjalani
              beberapa aktiviti termasuklah majlis suai kenal, icebreaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK),
              Tour@UPNM  dan  latihan  jasmani.  Beberapa  ceramah  dan  taklimat  juga  diberikan  sebagai
              informasi kepada pelajar.
              Majlis perasmian MPJD telah disempurnakan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah,
              Naib Canselor UPNM pada 4 Ogos 2022 bertempat di Dewan Tun Templer. Dalam ucapannya,
              NC menekankan setiap pelajar baharu seharusnya menghayati moto UPNM iaitu “Kewajipan,
              Maruah, Integriti” yang boleh membentuk sahsiah diri yang hebat dalam menuju kejayaan. Beliau
              menambah sikap saling membantu antara satu sama lain haruslah diterapkan agar kejayaan
              dapat  dikongsi  bersama.  Dalam  majlis  perasmian  itu,  para  pelajar  turut  melafaz  ikrar  MPJD
              yang diketuai oleh Muhammad Anas bin Ishak. Turut hadir adalah barisan Pengurusan Tertinggi
              UPNM, Komandan ALK, Pengarah dan Dekan FPJB, Pegawai-pegawai Kanan UPNM dan Majlis
              Perwakilan Pelajar.






























































                130   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136