Page 126 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 126

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

                 Jen  Datuk  Hasagaya  Abdullah  mengingatkan
                 barisan jawatankuasa MPP mempunyai tugas,
                 peranan dan tanggungjawab yang besar dalam
                 membawa projeksi dan halatuju pelajar ke arah
                 kecemerlangan  dalam  akademik,  sukan  dan
                 sahsiah keperibadian bertepatan dengan moto
                 UPNM  iaitu  “Kewajipan,  Maruah,  Integriti”.
                 Turut hadir di dalam majlis ini termasuklah para
                 pegawai  Pengurusan  Tertinggi  UPNM  dan
                 Komandan ALK.









































                 Program Konvensyen PRSK IPT MAKUMA 2022

                 29 Mei 2022 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Bahagian
                 Mahasiswa Holistik, Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-
                 universiti  Malaysia  (MAKUMA)  telah  berjaya  menganjurkan  Konvensyen  Pembimbing  Rakan
                 Siswa Kebangsaan (PRSK) pada 27 hingga 29 Mei 2022 bertempat di Institut Sosial Malaysia,
                 Kuala  Lumpur.  Seramai  150  orang  mahasiswa  dari  20  buah  universiti  awam  hadir  dalam
                 konvensyen ini.
                 Konvensyen  ini  bertujuan  untuk  meningkatkan  kesedaran  dan  kefahaman  peranan  dan
                 tanggungjawab  PRS  dalam  memperkasa  kesejahteraan  mahasiswa  dan  membantu  serta
                 mendampingi rakan-rakan siswa yang mempunyai isu kesihatan mental dan emosi. Di samping
                 itu, ia menjadi platform dalam menyediakan barisan kepimpinan pelajar yang dapat memberi
                 fokus  kepada  perkhidmatan  dan  berupaya  menjadi  role-model  kepada  mahasiswa  yang  lain.
                 Terdahulu dalam ucapan aluan, Prof. Ts Dr. Muhd Zuazhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor
                 HEPA & Alumi UPNM merangkap Pengerusi MAKUMA menekankan kepentingan PRS untuk
                 bergerak dengan lebih proaktif dalam pelbagai program dan aktiviti di peringkat kampus, IPT
                 dan antarabangsa. Beliau juga mengharapkan PRS yang terlibat dengan program ‘Peers to Peers’

                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  125
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131