Page 127 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 127
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
dapat bertindak sebagai pengantara dan pemberi maklumat kepada Pusat Kaunseling atau
Pegawai Psikologi Universiti.
Sementara itu dalam majlis perasmian penutup, YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib
Canselor UPNM mengupas bahawa mental yang sihat dapat memberi keupayaan tinggi dan
kental dalam aspek emosi dan jasmani seseorang dalam mengharungi cabaran kehidupan. Beliau
menegaskan kesan atau impak dari penularan covid-19 telah membabitkan para mahasiswa IPT
dalam aspek dalaman psikologi dan kesejahteraan diri seperti kecelaruan perasaan, tekanan dan
kerisauan melampau. Lantaran itu peranan dan tanggungjawab PRS amat signifikan dan penting
dalam membantu mereka yang terlibat.
Majlis pembacaan ikrar PRSK telah diketuai oleh Saudara Muhammad Amirul Syafiq bin Muhamad
Fadil dari Universiti Malaya (UM) selaku Presiden Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan Sesi
2022/2023. Manakala Saudara Muhammad Farhan bin Ismail dari UPNM pula telah bertindak
sebagai Pengarah Program Strategi konvensyen pada kali ini.
Turut hadir dalam konvokesyen ini adalah Encik Kaliapan a/l Rajakumaran wakil Bahagian
Mahasiswa Holistik KPT, Encik Mohd Hanafi bin Mohd Hanafiah, Timbalan Pengarah Institut
Sosial Malaysia dan Pengurusan Tertinggi Universiti.
126 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia