Page 129 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 129
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Menu Keluarga Malaysia: Ketua Pengarah KPT Turun
Padang ke UPNM
13 Jul 2022 - Kenaikan harga barang-barang keperluan
asas seperti ayam, minyak masak, tepung dan lain-lain
amat membebankan bukan sahaja rakyat Malaysia
bahkan para mahasiswa yang sedang menuntut di
universiti.
Cakna dan prihatin dengan isu kos sara hidup yang tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan
Menu Keluarga Malaysia yang disifatkan tepat pada
masanya. Dengan harga RM3.50 untuk pelbagai pilihan
menu makanan, ia melegakan banyak pihak termasuk
pentadbir universiti yang berusaha menyediakan
persekitaran terbaik buat para mahasiswa. Menu
berkenaan boleh dinikmati di semua kafetaria di kampus
UPNM dan pihak pentadbir berterima kasih kepada
pengusaha kerana memberikan kerjasama yang baik.
128 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia