Page 134 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 134

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

                 UPNM  telah  memberi  insentif  berupa  wang  tunai  RM  5,000.00  dan  Encik  Alif  bin  Abdullah,
                 Pengarah Operasi Aquatwo Sdn. Bhd. turut menyampaikan sumbangan khas berupa wang tunai
                 sebanyak RM 10,000.00 kepada pasukan bola sepak UPNM. Sementara itu Pengerusi LPU juga
                 memberi insentif kepada para pemain dan pengurusan Pasukan Bola Sepak UPNM.

                 Majlis  turut  disertakan  dengan  penyerahan  bendera  UPNM  kepada  kontinjen  yang  diwakili
                 oleh Dr. Shahrulfadly bin Rustam, Pengarah AKP ke kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi
                 (SUKIPT) 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 12 hingga 21 Ogos 2022. Kontijen
                 UPNM terdiri daripada 182 orang atlet dan diiringi oleh 29 orang pegawai yang akan bertanding
                 dalam 15 jenis sukan.
                 YBhg. Pengerusi LPU turut menyampaikan sumbangan komputer riba dan dermasiswa kepada
                 pelajar  Program  Asasi  Pertahanan  dan  Program  Diploma  yang  memerlukan.  Majlis  diakhiri
                 dengan Perasmian Pelancaran Semarak Merdeka Peringkat UPNM Bagi Tahun 2022 oleh YBhg.
                 Pengerusi LPU.
                 Turut  hadir  termasuklah  YBhg.  Lt  Jen  Datuk  Hasagaya  Abdullah,  Naib  Canselor  UPNM,
                 Pengurusan Tertinggi UPNM, Pengarah dan Dekan FPJB, Pegawai-pegawai Kanan UPNM, staf
                 dan pelajar UPNM.



























































                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  133
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139