Page 136 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 136
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Hadir sama termasuklah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi; Datuk Seri
Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak); Tan Sri
Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; Jen Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang TUDM, Panglima
Angkatan Tentera; Naib-naib Canselor Universiti, Pegawai-pegawai Kanan KPT, Lembaga
Pengurusan UPNM, Pengurusan Tertinggi UPNM, Komandan ALK dan warga IPT.
UPNM Hulur Bantuan Pasca Banjir di Pantai Timur
Meruntun keperitan mangsa banjir di Pantai Timur, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan pasca banjir. Dengan
melibatkan 10 orang sukarelawan staf dan 70 orang sukarelawan pelajar UPNM, mereka telah
melaksanakan misi bantuan di sekitar Daerah Pasir Mas, Kelantan mulai 30 Disember 2022
sehingga 1 Januari 2023.
LAPORAN TAHUNAN 2022 135
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia