Page 132 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 132

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

                 DSS 2022 Perkembang Peranan Universiti Sebagai Pusat Penyelidikan

                 4 Ogos 2022, Kuala Lumpur - YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini
                 telah menyempurnakan majlis penutup Pameran Defence, Security and Sustainability (DSS) 2022
                 yang bertemakan “Discovery and Innovation Towards Excellence” di Dewan Theatrette Bangunan
                 Lestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini.




















                 Penganjuran DSS 2022 merupakan satu platform kepada peserta yang terlibat dalam industri
                 pertahanan  seluruh  negara  berkongsi  idea  dan  teknologi,  menjalin  perkongsian  pintar  serta
                 memulakan kerjasama sinergi dan strategik. Objektif utama DSS 2022 adalah untuk mempamerkan
                 hasil penyelidikan dalam bidang keselamatan dan pertahanan, perubatan, sains dan teknologi
                 serta lain-lain bidang. Tahun ini, DSS 2022 telah menerima sebanyak 231 penyertaan yang terdiri
                 daripada universiti awam dan swasta, dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
                 Dalam ucapannya, YB Menteri menggesa agar universiti supaya sentiasa tampil menawarkan
                 idea-idea  baharu  yang  berimpak  tinggi  demi  kesejahteraan  sejagat  bagi  memberikan
                 penyelesaian kepada isu dan cabaran yang wujud dalam masyarakat. Beliau berkata, indikator
                 universiti  terbaik  adalah  universiti  yang  mampu  menghasilkan  impak  bukan  sahaja  terhadap
                 warganya, malah turut memanfaatkan masyarakat umum. “Saya boleh katakan di sini bahawa di
                 universiti, penyelidikan dan inovasi adalah seperti dakwat dengan kertas, kedua-duanya bergerak
                 seiring. “Dengan penyelidikan, maka akan terhasillah idea, inovasi dan produk baharu yang boleh
                 dimanfaatkan oleh pelbagai pihak,” katanya.
                 Hadir sama, YBhg. Dato’ Dr Megat Sany Megat Ahmad Sufian, TKSU (Dasar), YBhg. Prof. Dato’
                 Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Tan Sri (Dr) Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM,
                 YBhg. Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM.




























                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  131
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137