Page 128 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 128

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa




























                 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembiayaan Skim Prihatin
                 Anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPAW) Di Antara UPNM Dan MAIWP
                 7 Jun 2022 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Majlis Agama Islam Wilayah
                 Persekutuan (MAIWP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembiayaan
                 Skim Prihatin Anak Wilayah Kuala Lumpur (SPAW) yang berlangsung di Dewan Bestari UPNM.
                 Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Hasagaya bin Abdullah,
                 Naib Canselor UPNM dan YBhg. Dato Hj Mohd Ajib bin Ismail, Setiausaha MAIWP. Secara dasarnya,
                 program SPAW adalah merupakan inisiatif mulia yang dilancarkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf
                 UPNM  bersama  MAIWP  bagi  mewujudkan  bantuan  pendidikan  kepada  pelajar-pelajar  asnaf
                 yang sedang melanjutkan pengajian di UPNM.
                 Di dalam ucapan aluan, YBhg. Naib Canselor UPNM merakamkan ucapan terima kasih di atas
                 keprihatinan MAIWP bagi membantu pelajar-pelajar yang layak menerima sumbangan dalam
                 meneruskan pengajian mereka di UPNM. Sementara itu, Pengerusi MAIWP menegaskan bahawa
                 peranan dan tanggungjawab agensi ini untuk menolong dan memastikan pelajar-pelajar berjaya
                 dalam akademik mereka dan seterusnya dapat mengubah masa depan dengan lebih baik lagi.
                 MAIWP telah menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM205,000.00 kepada UPNM bagi
                 membiayai SPAW. Sumbangan dana ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan
                 kemaslahatan  para  pelajar  asnaf  terus  dipelihara  sepanjang  tempoh  pengajian  mereka  di
                 UPNM. Ia juga akan digunakan bagi kegunaan perbelanjaan pelajar asnaf seperti bantuan yuran
                 pengajian, sara hidup, peralatan pendidikan, bantuan kecemasan dan bantuan pengangkutan.

























                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  127
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133