Page 135 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 135

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

              Semarak Patriotik IPT 2022 di Sambut Meriah

              Pada 15 September 2022, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama
              Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan Majlis Perasmian Semarak Patriotik Institusi
              Pengajian Tinggi (IPT) 2022 bertempat di Pavilion UPNM.
              Tema  yang  telah  diangkat  adalah  “Mahasiswa  Patriotik  Keluarga  Malaysia”  amat  relevan
              dan signifikan pada masa ini bagi menyuntik nilai patriotik, jati diri dan semangat bangga dan
              sayangkan tanah air dalam kalangan mahasiswa.
              Majlis  yang  telah  dirasmikan  oleh  YAB  Dato’  Sri  Ismail  Sabri  bin  Yaakob,  Perdana  Menteri
              Malaysia dimeriahkan lagi dengan persembahan Tarian Perang, persembahan Citra Mahasiswa
              Keluarga Malaysia, Perwira Muda, Nyanyian Semarak Jiwa Patriotik dan Deklamasi Puisi & Irama.


























              Sementara itu, Pembacaan Lafaz Ikrar Rukan Negara yang dilaksanakan secara bersemuka dan
              dalam talian telah diketuai oleh Pegawai Kadet Mohamad Norizzaini bin Norizam, pelajar Ijazah
              Sarjana  Muda  Kejuruteraan  Awam,  Fakulti  Kejuruteraan  UPNM.  Seramai  112,413  pelajar  IPT
              seluruh negara telah terlibat dalam lafaz ikrar dan ia dicatatkan dalam Malaysia Book of Records
              sebagai jumlah teramai pelajar IPT melafaz ikrar Rukun Negara.
              Berbagai agensi awam dan swasta serta universiti awam mengambil bahagian dalam pameran
              yang diadakan di Daratan Wawasan. Para pengujung dapat merasai pengalaman di pameran
              survival  village  di  samping  menikmati  sajian  dari  gerai-gerai  Siswa  dan  Food  Truck  yang
              disediakan. Brass Band KD PELANDOK dan Pasukan Berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
              (DBKL) turut menjayakan Semarak Patriotik IPT 2022.

























                134   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140