Page 101 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 101

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

              Program  Sumbangan  Bakul  Bantuan  oleh
              Celcom Axiata Arena Berhad kepada UPNM
              UPNM  3  September  2021  -  Program  Sumbangan
              Bakul Bantuan oleh CELCOM Axiata Arena Berhad
              kepada  Pelajar  dan  Staf  Universiti  Pertahanan
              Nasional Malaysia (UPNM) bertempat di Stor Food
              Bank,  Bangunan  Hal  Ehwal  Pelajar.  Penyerahan
              sumbangan telah disampaikan kepada YBhg. Lt Jen
              Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM
              oleh  YBrs.  Areehan  Hj.  Abdullah,  Head  Corporate
              Responsibility & Govt. Relation CELCOM.

              Program  Tanggungjawab  Sosial  Korporat  (CSR)
              anjuran  Pejabat  Perkhidmatan,  Jaringan  Industri
              dan Perhubungan Korporat telah diadakan dengan
              penyerahan  sebanyak  166  pek  bekalan  asas
              barangan keperluan dan makanan seperti biskut,
              cecair pembasmi kuman, pelitup muka, mi segera
              dan air mineral kepada pelajar, manakala 83 pek
              bekalan  makanan  kering  yang  terdiri  daripada
              beras, gula, garam, tepung, biskut kepada staf.
              Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Lt Kol Prof. Ts
              Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan
              YBhg. Dato’ Dr. Junaidah binti Kamaruddin, Penolong Naib Canselor Perkhidmatan, Jaringan
              Industri dan Perhubungan Korporat.
              Bantuan Kemanusiaan Banjir Yan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
              4 September 2021 - Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Yan oleh Universiti Pertahanan Nasional
              Malaysia telah dilaksanakan selama 4 hari bermula 4 September hingga 7 September 2021.
              Misi  ini  telah  disertai  seramai  31  orang  mahasiswa  dan  11  orang  staf  UPNM.  Mahasiswa
              dan staf UPNM telah memberikan bantuan dari segi kerja-kerja pembersihan sekolah yang
              terkesan akibat bencana banjir.



































             100   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106