Page 99 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 99
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Program Imunisasi Covid -19 Kebangsaan: Program Mobile Vaksin
10 - 11 Julai - Program Imunisasi Covid -19 Kebangsaan: Program Mobile Vaksin anjuran
Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan MediCOM
Malaysia telah turut disertai oleh Pusat Kesihatan UPNM. Kerjasama ini melibatkan 13 staf
UPNM dan 3 Van Vaksinasi Bergerak dengan 1700 suntikan vaksin telah berjaya dilaksanakan
di sekitar Kuala Lumpur.
Program UPNM Merdeka Virtual
Run 2021 Peringkat UPNM
UPNM 13 Ogos 2021 - Pusat Kepimpinan
dan Pembangunan Profesional,
Pejabat Penolong Naib Canselor
Perkhidmatan, Jaringan Industri dan
Perhubungan Korporat (PJIPK) dengan
kerjasama Pertubuhan Nadi Sihat
telah menganjurkan program UPNM
Merdeka Virtual Run 2021 peringkat
UPNM pada 31 Ogos 2021 hingga
30 September 2021 bersesuaian
dan menepati Standard Operation
Procedures oleh Majlis Keselamatan
Negara berkaitan penularan wabak
Covid-19. Program ini terbuka kepada
semua warga UPNM khususnya untuk
menyertai program larian secara maya
sejauh 64km bersempena sambutan
Hari Kemerdekaan ke-64 Tahun 2021.
Para peserta akan memperolehi kit
larian dan hadiah cabutan bertuah.
98 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia