Page 104 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 104

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

                 Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Graduan Pusat Bahasa UPNM

                 14 Oktober 2021: Setinggi-tinggi tahniah kepada Graduan Pusat Bahasa UPNM, Ainul Ashikin
                 Helmy atas pelantikan sebagai Felo Perdana 2021 di Pejabat Perdana Menteri.





























                 UPNM Gerak Misi Bantu Mangsa Banjir Sekitar Selangor
                 22  Disember  2021:  Terkesan  dengan  nasib  mangsa  bencana  banjir,  pihak  pengurusan
                 Universiti  Pertahanan  Nasional  Malaysia  (UPNM)  mengambil  langkah  segera  dengan
                 menggerakkan pasukan sukarelawan.

                 Seramai 300 pelajar dan 30 staf dari UPNM dihantar untuk misi bantuan khas menyantuni mangsa
                 bencana alam itu yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Selangor. Pihak pengurusan UPNM,
                 sentiasa prihatin dan siap siaga sepanjang masa diperlukan untuk digerakkan ke mana sahaja.
                 Sukarelawan  terbabit  akan  terlibat  dalam  operasi  bantuan  dengan  kerja  pembersihan  rumah
                 pensyarah, kakitangan, pelajar dan juga orang awam yang berada di sekitar Puchong dan Klang.
                 Selain itu Tabung Bantuan UPNM telah dilancarkan untuk disalur kepada mangsa dan semua
                 maklumat petugas UPNM yang terjejas akibat bencana itu juga dikumpul bagi melancarkan
                 proses sumbangan.
                 Usaha  murni  tersebut  dilaksanakan  secara  bergotong  royong  bagi  mempercepatkan
                 kerja  pembersihan,  sekali  gus  misi  itu  menepati  tujuan  untuk  meringankan  beban  dialami
                 mangsa banjir selain meneruskan misi bantuan di beberapa lokasi lain di negeri itu. UPNM
                 turut  mengadakan  program  pengumpulan  dana  serta  barangan  keperluan  harian  untuk
                 disumbangkan manakala pemulihan keadaan mangsa dipantau setiap hari.























                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   103
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109