Page 100 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 100

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

                 Program MAFI Prihatin

                 UPNM 26 Ogos 2021 - YBhg. Dato Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian
                 Pertanian  dan  Industri  Makanan  (MAFI)  telah  menyampaikan  sumbangan  MAFI  Prihatin
                 melalui Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) di Universiti Pertahanan Nasional
                 Malaysia (UPNM).
                 Sumbangan  MAFI  Prihatin  merupakan  inisiatif  Kementerian  dalam  membantu  golongan
                 yang  terkesan  dengan  pandemik  Covid-19  selain  untuk  menghargai  penat  lelah  dan
                 pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tugas bagi membantu
                 negara membendung penularan Covid-19.
                 Sebanyak 600 bakul makanan MAFI Prihatin dan buah nenas telah diserahkan kepada YBhg.
                 Lt. Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM dan Encik Che Samsuzuki bin
                 Che Noh, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Kuala Lumpur untuk disampaikan
                 kepada golongan sasar.
                 Bermula Jun hingga Ogos tahun ini, seramai 77,289 penerima telah mendapat manfaat
                 dan bantuan MAFI Prihatin, dilaksanakan di 441 lokasi seluruh negara. Program bantuan
                 MAFI  Prihatin  turut  mendapat  sokongan  dan  penglibatan  daripada  pihak  swasta  yang
                 turut menyumbang bagi menjayakan program ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga
                 Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), YBrs. En. Mohd Khairuzamri M.Salleh.
























































                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020    99
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105