Page 105 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 105
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM) - Hulu Langat
26 Disember 2021: Misi Bantuan Banjir
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) hari ke-6 yang melibatkan seramai
79 orang yang terdiri dari Pelajar, Pensyarah
dan Staf di Taman Sri Nanding, Hulu Langat
dan Desa Indah Putra, Sepang. Seramai
40 orang sukarelawan UPNM turut juga
melakukan aktiviti pembungkusan keperluan
asas mangsa banjir bersama Bulan Sabit
Merah Malaysia.
Pusat Pemberian Vaksin (Booster) di PPV Dewan Pendekar UPNM
25 Disember 2021: Pusat Kesihatan Univerisiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan
kerjasama Pejabat Kesihatan Titiwangsa (KKM), Klinik Al Fatih - Rakan Strategi ProtectHealth
Sdn. Bhd., MediCOM (NGO amal kebajikan dan perubatan) telah melaksanakan Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Booster (PICK-B) di PPV Dewan Pendekar UPNM.
Yang Berbahagia Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM turut menjalankan
Lawatan Kerja bersama Pengurusan Tertinggi UPNM menyantuni Petugas Kesihatan, Pelajar
Sukarelawan dan penerima vaksin. Seramai 678 suntikan dos booster berjaya dilaksanakan
kepada para staf dan tanggungan, pelajar, kontraktor dan pengendali makanan. Pemberian
Vaksin ini diteruskan di Pusat Kesihatan UPNM secara janji temu mulai 27 Disember 2021.
104 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia