Page 106 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 106

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

                 Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - Shah Alam

                 27 Disember 2021: Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari
                 ke-7 yang melibatkan seramai 20 orang sukarelawan di Seksyen 29, Shah Alam. Seramai 50
                 orang sukarelawan UPNM turut juga melakukan aktiviti sesi persiapan dan pembungkusan
                 barangan keperluan mangsa banjir Pahang.















                 UPNM Bantu Bersihkan Enam Sekolah di Temerloh

                 28 Disember 2021: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerusi misi bantuan
                 dan sukarelawan universiti membantu membersihkan enam buah sekolah di daerah Temerloh
                 yang terbabit dengan banjir. Sekolah tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Abu Bakar,
                 SK Tanjung Lalang, SK Paya Taram, SK Paya Ara, Sekolah Vokasional Puteri Temerloh dan
                 Madrasah Tarbiah Islamiah Mentakab.

                 Pengarah Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni UPNM, Sharizan Samad selaku sekretariat program
                 berkata, seramai 70 pelajar dan 10 sukarelawan terdiri daripada kakitangan UPNM terbabit dalam
                 program  tanggungjawab  sosial  korporat  (CSR)  itu.  Program  ini  melibatkan  kerja  pembersihan
                 di sekolah-sekolah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. UPNM berganding bahu bersama
                 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh yang menyediakan senarai sekolah terjejas.
                 Selain itu, UPNM juga membersihkan rumah penuntut yang terjejas akibat banjir di daerah ini. Selain
                 kerja pembersihan, UPNM turut menghantar 500 pek makanan meliputi beras serta keperluan
                 asas lain di Pekan menerusi usaha sama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UPNM.

                 Guru  Besar  SK  Abu  Bakar,  Norazlin  Othman  menghargai  usaha  yang  dilakukan  warga
                 UPNM. Sekolah ini antara yang terjejas dan ia juga pengalaman banjir pertama dan baharu
                 buat warga sekolah. Sekolah berkenaan sebelum ini menempatkan seramai 283 mangsa
                 banjir melibatkan 83 buah keluarga.
                 Selain membantu membersihkan sekolah, nasib pengamal media yang terkesan akibat banjir
                 di negeri ini turut mendapat perhatian UPNM. Antaranya, wartawan Sinar Harian Pahang,
                 Rosilawati Rosedi selepas rumah didiami bersama keluarganya di Kampung Batu Kapor,
                 Mentakab ditenggelami banjir pada 19 Disember lalu. Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral
                 Datuk Hasagaya Abdullah turut meluangkan masa dan menyampaikan sumbangan kepada
                 wartawan tersebut. Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut menghantar 500
                 pek makanan ke Rasah, Negeri Sembilan.

















                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   105
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111