Page 103 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 103
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
11 Pemain Malayan Tigress Terima Tawaran Lanjut Pengajian di IPTA
7 Oktober 2021: Seramai sembilan pemain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Seramai 11 pemain dari skuad Malayan
Tigress yang baru pulang dari saingan kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2022 di Palestin
kini mengorak pula langkah mereka ke menara gading selepas menerima surat tawaran
melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi sesi 2021 itu telah disampaikan oleh Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, sambil disaksikan oleh Presiden Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Dato
S. Sivasundaram serta dua Exco FAM, Dato Suraya Yaacob dan Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah,
masing-masing selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.
Seramai sembilan pemain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) manakala dua pemain lagi ditawarkan untuk ke
Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sembilan yang ditawarkan ke UPNM ialah Nurul Azurin
Mazlan, Eva Olivianie Antinus, Waitie Taming, Nurfatin Rozani, Henrietta Justine, Nur Syafinaz
Abdul Rajak, Felicia Loudea Thomas, Nor Ezza Ashikin dan Nurul Arliana Nabila Mohamad
Ramadhan manakala Nuralyaa Natasha Zulkefli dan Grace Handirian ditawarkan ke UiTM.
Selamat Kembali Ke Kampus Pelajar-Pelajar UPNM Sesi 2021/2022
16 Oktober 2021: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mula menerima pelajar
yang kembali ke kampus bagi sesi akademik 2021/2022 secara fizikal mulai 15/10/2021.
Jumlah pelajar yang kembali ke kampus adalah 3900 orang.
Bagi kemasukan pelajar di UPNM, pelajar & ibubapa/waris perlu menunjukkan sijil vaksinasi
di Balai Pengawal sebelum memasuki kampus & pelajar perlu menjalani prosedur saringan
kesihatan dan ujian calitan sebelum dibenarkan memasuki kolej kediaman.
102 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia