Page 97 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 97
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
UPNM Send Off Pelajar ke Akademi Tentera Amerika Syarikat Secara Maya
KUALA LUMPUR, 8 Jun - Dua pelajar Malaysia berjaya menempatkan diri melalui proses pemilihan
ketat untuk melanjutkan pengajian di dua akademi tentera berprestij di Amerika Syarikat (AS).
Mohamed Khairel Adha Mohd Khairee, Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan dan pelajar
Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) berjaya diterima masuk ke Akademi Tentera Udara AS
(USAFA) di Colorado Springs, Colorado bagi mengikuti pengajian Kejuruteraan Aeronautika.
Manakala Nicholas Ong Yong Xen dari Maktab Tentera Diraja (MTD) berjaya diterima masuk ke
Akademi Tentera Laut AS (USNA) di Annapolis, Maryland untuk pengajian operasi siber.
UPNM turut menganjurkan Majlis Send Off kepada Pegawai Kadet Mohamed Khairel Adha
Mohd Khairee dalam satu majlis secara maya. Menurut Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah,
Naib Canselor UPNM, kejayaan kedua-dua pelajar tersebut merupakan satu kebanggaan
buat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila mereka perlu melalui saingan hebat daripada calon-
calon lain yang datang dari pelbagai negara. Oleh itu, seluruh warga UPNM amat gembira
dan turut berbangga dengan kejayaan mereka.
Pesanan beliau, pelajar hendaklah memanfaatkan sebaik-baiknya peluang menimba ilmu di
AS untuk membentuk kebolehan diri dalam aspek intelek, kepimpinan dan latihan ketenteraan.
Pesan beliau lagi, pelajar hendaklah sentiasa mengekalkan disiplin diri, berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang, dan sentiasa menjaga nama baik Malaysia.
Selain itu, pelajar juga hendaklah mengambil peluang tersebut untuk membina hubungan
erat dan mengenali kepelbagaian budaya pelajar negara lain menerusi penglibatan aktif
dalam aktiviti berkumpulan.
Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Brigedier Jeneral Rozainy bin Ahmad Rapiee
@ Ahmad Ropiee TUDM turut menyampaikan pesanan kepada Pegawai Kadet Mohamed
Khairel Adha supaya sentiasa komited dan berusaha gigih untuk lulus dengan cemerlang
dengan membawa nilai-nilai yang baik yang telah dipelajari di ALK dan UPNM serta sekaligus
mengharumkan nama Angkatan Tentera Malaysia. Turut hadir, Profesor Dato’ Ts Dr. Ahmad
Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Dato’
Dr. Junaidah bt. Kamarruddin Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan
Perhubungan Korporat) dan Kol Mohd Halme bin Hj. Zakaria, Timbalan Komandan ALK. Semoga
kerjasama komprehensif antara AS dan Malaysia akan terus menjadi usaha sama yang membawa
manfaat bersama untuk meningkatkan hubungan pertahanan bilateral antara kedua-dua negara.
96 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia