Page 93 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 93

Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa

              Program ini juga menyaksikan delegasi daripada syarikat TNB merasai sendiri pengalaman
              berada di atas kapal dengan slot simulator kapal oleh Pusat Maritim UPNM serta peluang
              untuk  merasai  pengalaman  menembak  di  Lapang  Sasar  10M  UPNM.  Ini  telah  memberi
              pendedahan kepada syarikat TNB berkenaan fasiliti dan infrastruktur Universiti.

              UPNM menzahirkan ribuan terima kasih kepada syarikat TNB atas sumbangan wakaf yang
              disampaikan. UPNM juga turut berbangga kerana dapat bekerjasama dengan syarikat gergasi
              TNB  yang  sentiasa  memberi  sumbangan  bermanfaat  dalam  memangkin  pembangunan
              ekonomi negara serta kelestarian hidup masyarakat.

              Diharap kerjasama erat yang terjalin serta usaha murni hasil sumbangan syarikat TNB kepada
              UPNM akan berterusan pada masa-masa akan datang. Pusat Pengurusan Wakaf UPNM
              telah ditubuhkan pada bulan Jun 2019 dan merupakan Pusat Pengurusan Wakaf pertama
              di Universiti Awam dalam usaha menggalakkan sumbangan dana wakaf kepada Universiti.


































































              92   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98