Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 29

28
Laporan Tahunan 2013
UPNM
mahasiswa berkualiti
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
Pendahuluan
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah ditubuhkan selari dengan penubuhan Universiti pada tahun 2007.
Sejak awal penubuhan BPA diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Pendaftar dan pada Mei 2012 sistem tadbir
urus BPA telah diubah di bawah pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa. Walau bagaimana
pun mulai 29 Julai 2013, BPA telah distruktur semula ke dalam struktur organisasi asal Jabatan Pendaftar
melalui kelulusan Mesyuarat Eksekutif Naib Canselor (EXCO) Bil. 4/2013. Objektif penubuhan BPA adalah untuk
memastikan urusan pengambilan dan kemasukan pelajar, pendaftaran kursus, maklumat rekod, peperiksaan dan
pengijazahan diuruskan dengan berkesan seiring dengan matlamat dan objektif Universiti. Bagi meningkatkan
penyampaian perkhidmatan, BPA telah mewujudkan beberapa pecahan unit pentadbiran sebagai pengkhususan
di dalammemastikan fungsi dan peranan dapat berjalan dengan lancar. Antara unit yang terdapat di BPA adalah:
a.
Unit Kemasukan dan Promosi
b.
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
c.
Unit Rekod dan Pendaftaran
d.
Unit Pentadbiran dan Senat
BPA juga merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan segala dasar
berkaitan hal ehwal akademik di UPNM dan menjadi urus setia bagi Mesyuarat Senat Universiti. UPNM
ditubuhkan bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan keselamatan pertahanan negara.
Mahasiswa Berkualiti
1...,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28 30,31,32,33,34,35,36,37,38,39,...146
Powered by FlippingBook