Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 37

36
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Pelajar Antarabangsa
Seramai lima (5) orang pelajar antarabangsa sedang melanjutkan pengajian di UPNM pada peringkat Doktor
Falsafah dan Sarjana. Jadual 9 menunjukkan jumlah pelajar antarabangsa.
Bil.
1
2
3
4
Negara
Indonesia
Korea
Pakistan
Iran
Jumlah
Doktor Falsafah
1
-
1
2
Sarjana
1
1
-
1
3
Jadual
9
Bilangan Pelajar
Jumlah Pelajar Antarabangsa Tahun 2013
pengajian siswazah sedia ada, Pra Bengkel
Pemantapan Pengurusan Siswazah telah
diadakan di Hotel Equatorial Bangi pada 9
Julai 2013.
Bengkel Penyediaan Dokumen Audit MQA
bagi Program Pengajian Siswazah telah
diadakan pada 21 hingga 27 Februari 2013
di Pusat Marin, UPNM. Bengkel ini bertujuan
untuk persediaan lawatan Panel Auditor
MQA pada 2 dan 3 Julai 2014. Semua Pusat
Tanggungjawab telah betungkus lumus untuk
memastikan sesi lawatan berjalan lancar
agar semua program pengajian siswazah
yang ditawarkan mendapatkan pengiktirafan
akreditasi serta diikhtiraf oleh Daftar
Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Register, MQR). MQR merupakan titik
rujukan untuk program yang telah mendapat
akreditasi, yang dianugerahkan oleh pihak
yang memberi pengiktirafan.
Promosi
Sepanjang tahun 2013 ini, Pusat Pengajian
Siswazah telah menyertai dua (2) pameran
dalam mempromosikan program siswazah
yang ditawarkan bagi menarik minat lebih
ramai calon pelajar untuk menyambung
pengajian di UPNM. Di antaranya ialah
Pameran Pengajian Siswazah Postgrasia 2013
di KLCC pada 20 hingga 21 April 2013 dan
Pameran Postgraduate Education Fair 2013 di
Mid Valley Exibition Centre pada 5 hingga 7
September 2013.
PEMBANGUNAN PELAJAR SISWAZAH
Kolokium Siswazah
Kolokium Siswazah telah dilaksanakan sebanyak dua (2)
siri sepanjang Tahun 2013. Siri pertama diadakan pada
22 dan 23 Mei 2013. Seramai 28 orang pelajar siswazah
peringkat Sarjana telah membentangkan proposal
penyelidikan dan dapatan kajian mereka pada hari
tersebut. Manakala bagi pelajar Doktor Falsafah (Ph.D.)
seramai 23 orang telah membuat pembentangan pada
tarikh tersebut. Kolokium kedua telah diadakan pada 30
dan 31 Oktober 2013. Kolokium ini melibatkan seramai
23 orang pelajar Ph.D. dan 16 orang pelajar Sarjana.
Setiap pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah diwajibkan
membentangkan kemajuan penyelidikan masing-masing
(dua kali untuk pelajar Sarjana dan empat kali untuk
pelajar Doktor Falsafah) dan ini merupakan salah satu
syarat untuk bergraduat. Setiap pembentangan akan
dinilai oleh pakar yang dilantik dalam bidang masing-
masing.
Pelbagai Bengkel
PPS telah menganjurkan pelbagai siri bengkel bagi
memantapkan sistem pengurusan siswazah termasuk
pengurusan yuran, penyeliaan dan hal ehwal pelajar
serta persediaan pihak PPS dalam usaha mendapatkan
akreditasi dan pengikhtirafan program-program siswazah
yang ditawarkan. Pada 24 hingga 27 Februari 2013,
Bengkel Semakan Yuran bagi Program Program Pengajian
Siswazah telah diadakan di Avillion Legacy, Melaka.
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula yuran
bagi program pengajian siswazah. Sebagai usaha pihak
PPS untuk menambah baik garis panduan dan peraturan
Mahasiswa Berkualiti
1...,27,28,29,30,31,32,33,34,35,36 38,39,40,41,42,43,44,45,46,47,...146
Powered by FlippingBook