Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 21

20
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Amalan ‘Good Governance’ dan Sistem Penyampaian
Berkualiti
UPNM sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ‘good
governance’ dalam aspek pengurusan dan pentadbiran
agar sentiasa menepati kualiti yang telah digariskan.
Universiti pada masa ini juga sedang giat melaksanakan
dan menambahbaik struktur pentadbiran bertujuan untuk
memperjelaskan dan menentukan tugas, tanggungjawab
serta bidang kuasa setiap lapisan pentadbiran.
Tanggungjawab dan portfolio setiap Ketua Pusat
Tanggungjawab diperkukuhkan dengan mengambil kira
peranan lapisan staf pengurusan dan profesional, para
pensyarah serta staf pelaksana agar perkhidmatan dan
pengurusan sumber dapat dilaksanakan dengan cekap,
teratur dan berstruktur.
Sistem penyampaian yang efisien dan berkesan juga
akan terus dimantapkan sebagai salah satu teras utama
dalam memastikan penghasilan mutu perkhidmatan yang
berkualiti. Oleh itu, penerapan amalan sistem penyampaian
berkualiti diterapkan secara terus menerus kepada setiap
lapisan pentadbiran agar permasalahan dan isu dapat
diselesaikan dengan serta merta.
Jaringan Kerjasama Industri
Usaha-usaha dalam menempatkan universiti ini di
persada antarabangsa juga sedang giat dilakukan. Jaringan
kerjasama dan hubungan strategik bersama pihak industri
dan universiti antarabangsa telah membuka ruang kepada
perkongsian pintar terutamanya dari dalam aspek akademik
serta Penyelidikan dan Inovasi melalui
Memorandum Persefahaman (MoU)
serta Memorandum Persetujuan (MoA)
yang telah dimeterai. Kesinambungan
kerjasama erat bersama pihak industri
dan
antarabangsa
akan
sentiasa
diperkukuhkan dan UPNM sedang
mengoptimumkan usaha mencari ruang
dan peluang kerjasama yang lebih luas
dan berimpak tinggi.
UPNMmerupakan satu-satunya universiti
awam yang terlibat di dalam Defence
Services Asia Exhibition (DSA). Pameran
yang diadakan secara dwi-tahunan ini
merupakan
pameran
perkhidmatan
pertahanan terbesar di Asia melibatkan
penyertaan pelbagai negara khusus
dalam
bidang
pertahanan
dan
keselamatan. UPNM tidak melepaskan
peluang untuk menyertai pameran dan
menandatangani MoU bersama pihak
industri memandangkan ‘niche’ area
UPNM ini sangat signifikan dalam bidang
pertahanan dan keselamatan.
Pemerkasaan Inovasi
Umum mengetahui bahawa Negara
sedang melalui senario sosioekonomi
dunia yang kompetitif di mana kian
banyak negara-negara di dunia beralih
kepada ekonomi berasaskan pengetahuan
1...,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 22,23,24,25,26,27,28,29,30,31,...146
Powered by FlippingBook