18
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah dan kurniaNya jua,
maka Universiti PertahananNasional Malaysia dapat meneruskan
amanah dan tanggungjawab sebagai Universiti Pertahanan
premier di Negara ini.
Berbekalkan pengalaman tujuh tahun sejak penubuhannya pada
2006, UPNM semakin berani mengorak langkah mendepani
cabaran kritikal demi menjelmakan amanah besar yang dipikul.
Saya amat berbesar hati dan sukacita dengan penerbitan
Laporan Tahunan UPNM 2013 yang telah menyaksikan evolusi
dan pencapaian yang amat memberangsangkan bagi Universiti
ini.
UPNM komited dalam menetapkan fokus dan matlamat untuk
menjadi sumber rujukan berautoriti dalam bidang pertahanan
dan keselamatan yang mana merangkumi aspek akademik,
penyelidikan dan inovasi, latihan ketenteraan, pembangunan
pelajar, aktiviti jaringan komuniti dan perkhidmatan profesional.
Dengan berpaksikan kepada Perintah Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (Pemerbadanan) 2006, Universiti ini akan
tetap setia menjunjung perintah Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong bahawasanya penubuhan UPNM adalah demi
kepentingan negara bagi maksud berikut:
“mengadakan, memajukan dan mengembangkan pengajian
tinggi dalam bidang pertahanan dan ketenteraan seperti sejarah
ketenteraan, ekonomi pertahanan, komunikasi ketenteraan,
kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, sains nautika
dan teknologi maritim, sains penerbangan, sains komputer
dan teknologi maklumat pertahanan, bioteknologi pertahanan
dan sains persenjataan, pengajian keselamatan, penyelesaian
konflik, pengajian strategik, kepimpinan ketenteraan dan bidang
pengajian lain yang perlu, serta juga mengadakan penyelidikan
dan pengumpulan dan pemajuan pengetahuan dan penyebaran
pengetahuan dalam bidang pengajian itu.”
Dengan adanya para cendekiawan yang memiliki kepakaran
dalam bidang masing-masing, UPNM memiliki potensi yang
sangat besar dalam memperkembangkan dan memperkukuhkan
lagi bidang tujahan yang diamanahkan.
laporan naib canselor
Laporan Naib Canselor