Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 26

25
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Bagi para Pegawai Kadet dan pelajar awam bukan Islam, saya percaya bahawa pengertian imam
menurut pandangan agama masing-masing adalah relevan dan membawa pengertian betapa
perlunya mereka menjadi seorang ketua yang berupaya membimbing organisasi dalam konteks
rohani dan nilai murni mengikut kepercayaan masing-masing.
6.
An Officer and A Gentleman/Lady
Sebagai seorang yang terpelajar, graduan di kalangan Pegawai Kadet dan pelajar awam
mestilah memiliki sifat sebagai seorang yang
gentleman
atau dalam erti kata lain seorang
insan yang budiman sifatnya. Maka mereka seharusnya memiliki sifat berani atas kebenaran,
tidak sekali-kali ragu dalam membuat keputusan, jujur, pemurah, berfikiran positif, berfikiran
kreatif dan inovatif, seorang
observer
, perwatakan baik, cara berkomunikasi dan berpakaian
yang profesional, berupaya memberikan nasihat dan motivasi, seorang pakar rujuk di dalam
bidangnya, suka membantu, boleh berkongsi pendapat, boleh diharap,
agree to disagree
, tahu
perkembangan disekeliling, taat kepada agama, dan sebagainya. Seorang graduan yang budiman
mampu menggunakan hak diri tanpa mengganggu hak orang lain pada tahap keberkesanan diri
yang tinggi.
Penutup
Laporan Tahunan 2013 memperlihatkan manifestasi komitmen seluruh warga Universiti, dipacu
oleh kepimpinan jitu Lembaga Pengarah Universiti, disokong oleh staf akademik, pentadbiran serta
pelajar dalam merealisasikan kesinambungan kecemerlangan selari dengan keperluan pemegang
taruh utama iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama
dan sokongan, serta usaha gigih tanpa mengenal erti penat yang telah diberikan oleh semua pihak
terutamanya kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ahli-ahli Senat, Pegawai Pengurusan
Tertinggi Universiti, seluruh warga UPNM, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian
Pertahanan Malaysia, barisan kepimpinan Kerajaan Malaysia serta seluruh pelajar sepanjang
tahun 2013. Saya berdoa dan berharap gandingan kerjasama ini akan sentiasa berterusan dan
diperkukuhkan agar UPNM akan terus mencapai gemilang pada tahun-tahun yang akan datang.
Insya Allah.
Salam Hormat.
“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”
TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
Jeneral
Naib Canselor
Laporan Naib Canselor
1...,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25 27,28,29,30,31,32,33,34,35,36,...146
Powered by FlippingBook