Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 25

24
Laporan Tahunan 2013
UPNM
3.
1 Pelajar : 1 Sukan
Penglibatan di dalam aktiviti sukan merupakan salah satu perkara yang diwajibkan kepada
semua pelajar. Manafaat sukan sebagai satu rutin dapat menyeimbangkan kesihatan jasmani
dan pelajaran. Di samping itu, melalui penglibatan pelajar dalam sukan, maka mereka secara
tidak langsung dapat belajar mengkoordinasi aktiviti berpasukan sekaligus membentuk elemen
kualiti kepimpinan dalam diri mereka. Sukan juga secara tidak langsung adalah instrumen
penting dalam menyediakan pelajar untuk berlatih, berdikari, memimpin dan berusaha dengan
gigih untuk mencipta kejayaan.
4.
Tali Pinggang Hitam - (Tempur Tanpa Senjata)
Salah satu ciri yang menentukan kesiapsiagaan sebagai seorang pejuang adalah kesediaan dan
keberanian berhadapan dengan musuh. Dengan latihan intensif latihan Tempur Tanpa Senjata
(TTS), pemantapan dari segi keyakinan diri dapat diterapkan dalam kalangan Pegawai Kadet.
Subjek TTS juga dibangunkan sedemikian rupa di mana aspek pembangunan karekter dan
latihan kepimpinan turut dijadikan teras di dalam silibus. Maka atas dasar itulah, setiap pegawai
kadet yang lahir daripada Universiti ini diwajibkan menjalani latihan TTS sehingga mencapai tali
pinggang hitam yang mana merupakan salah satu pra syarat sebelum layak ditauliahkan sebagai
seorang Pegawai Muda. Bagi Pelajar PALAPES dan Awam pula, mereka digalakkan menyertai
sukan seni mempertahankan diri sesuai dengan minat dan kebolehan mereka bagi memastikan
pembangunan karekter dan kepimpinan diterapkan serta menyediakan mereka untuk menjadi
ketua yang berkaliber di dalam kerjaya mereka kelak.
5.
Imam
Secara literal, imam bererti pemimpin. Pengertian imam lazimnya dikaitkan dengan ibadat
solat di mana imam berdiri di hadapan dan mengetuai jemaah. Dalam Islam, peranan seorang
Muslim bermula sebagai ketua keluarga, ketua komuniti, dan sudah tentu sebagai ketua
masyarakat. Begitulah juga graduan UPNM mestilah bersedia dan boleh menjadi imam. Oleh
sebab itu, setiap Pegawai Kadet diwajibkan untuk lulus ujian Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan
diamanahkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat mengikut giliran masing-masing. Para
Pegawai Kadet UPNM juga diwajibkan menghafal surah-surah penting termasuk Surah As-
Sajadah, Surah Al-Mulk, dan Surah Yasin sebagai salah satu pra syarat sebelum mereka layak
untuk ditauliahkan. Pendidikan ilmu keagamaan dan iman yang jitu adalah merupakan benteng
diri apabila berhadapan dengan cabaran yang sukar. Kebolehan menjadi imam adalah sangat
penting kerana para graduan di kalangan Pegawai Kadet dan pelajar awam UPNM akan menjadi
ketua kepada organisasi masing-masing, di mana mereka perlu tahu dan berupaya memberikan
bimbingan rohani dan spiritual kepada anggota mereka. Peranan sebagai seorang imam juga
amat besar tanggungjawabnya, dalam memelihara kesejahteraan organisasi, yang terletak
pada usaha diri sendiri terlebih dahulu dalam menjaga agama (din), jiwa (nafs), intelek (`aql),
keturunan (nasl), dan harta (mal).
Laporan Naib Canselor
1...,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24 26,27,28,29,30,31,32,33,34,35,...146
Powered by FlippingBook