Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 22

21
Laporan Tahunan 2013
UPNM
(K-Ekonomi) sebagai ejen perubahan di dalam masyarakat. Pelaburan yang besar dilihat
telah mula beralih kepada aktiviti berasaskan pengetahuan seperti penyelidikan, inovasi
dan harta intelek (intellectual properties) termasuk paten dan hakcipta. UPNM juga
tidak ketinggalan dan sedang berusaha menempatkan institusi ini sebagai penyumbang
kepada kejayaan Negara dalammengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, berdaya
saing serta mampan.
Dengan adanya para cendekiawan yangmemiliki kepakaran dalambidangmasing-masing,
UPNM akan sentiasa menyokong dan bersama-sama menetapkan matlamat untuk
membangun dan memantapkan keupayaan penyelidikan dan inovasi di Universiti ini.
Sungguh pun UPNM bukanlah universiti yang berteraskan penyelidikan, para akademia
di universiti ini amat komited dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang
merangkumi
applied research
dan
academic research
serta mengambil peluang yang
telah diberikan oleh pihak kerajaan dengan memohon Skim Geran Penyelidikan di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia dan kementerian-kementerian lain di dalam bidang-
bidang yang berkaitan seperti teknologi, kejuruteraan, sains perubatan, sains sosial dan
kemanusiaan, sains tulen, sains gunaan, dan lain-lain.
Universiti juga akan melengkapkan strategi sedia ada dengan mewujudkan dan
memperkukuhkan pusat - pusat penyelidikan dalam kluster penyelidikan berkepentingan
sesuai dengan ‘niche’ area keselamatan dan pertahanan. Pewujudan pusat-pusat
penyelidikan ini diyakini akan mampu menghasilkan produk penyelidikan berimpak tinggi
di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Penyelidikan berimpak tinggi yang berasaskan ilmu dan kepakaran yang spesifik akan
membolehkan para penyelidik mencapai tahap kemampuan intelektual yang tinggi dan
seterusnya dapat memberikan sumbangan dan manfaat kepada ummah.
Tidak ketinggalan, UPNM juga sedang meneruskan usaha membangun dan melahirkan
para cendekiawan tersohor dan bertaraf dunia. Usaha-usaha ini sedang giat dijalankan
melalui pelbagai aktiviti ilmiah termasuklah penyelidikan, penerbitan makalah akademik,
penganjuran dan penyertaan persidangan di peringkat tempatan dan global, serta
khidmat perundingan.
1...,12,13,14,15,16,17,18,19,20,21 23,24,25,26,27,28,29,30,31,32,...146
Powered by FlippingBook