23
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Gabungan ketiga-tiga
domain
ini akhirnya akan melahirkan seorang graduan holistik dan pemimpin
masa hadapan yang
versatile
. Selain itu, UPNM kini sedang dalam usaha memperkukuh dan
memperkemaskan strategi dan pelan tindakan bagi mencapai hasrat melahirkan graduan yang memiliki
ciri-ciri ‘Intellectual Leaders of Character’ sebagai
The Ultimate Mission of The University
. Enam (6) ciri-
ciri tersebut adalah seperti berikut:
1.
Pegawai Bergraduat
Angkatan TenteraMalaysia (ATM) melihat bahawa adalah sangat penting bagi para Pegawai Tentera
memiliki ilmu pengetahuan. Oleh demikian, penekanan sangat diberikan sebagaimana baris ayat
yang sering diutarakan iaitu “education is the first line of defence”. Atas dasar inilah maka ATM
mengambil inisiatif dan bersetuju supaya Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dinaik taraf kepada
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan diletakkan di bawah Kementerian Pengajian
Tinggi pada ketika itu (kini Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi mengekalkan
credentials
dan
sanctity
sebagai institusi pengajian tinggi. Maka dengan persetujuan ini, ATM akan dapat
melahirkan seorang Pegawai Tentera bergraduat yang melalui fasa dunia ilmu pengetahuan dan
ketenteraan yang bersistematik dan
rigorous
. Bagi pelajar awam yang telah melalui ekosistem
ketenteraan, semestinya setelah tamat pengajian mereka semua akan bergraduat dan seterusnya
menceburi apa jua bidang sebagai seorang profesional yang berwibawa dalam sektor swasta
mahu pun kerajaan.
2.
Pegawai Bertauliah
Seorang siswa yang bergraduat di UPNM mempunyai keistimewaan tersendiri apabila mereka
juga ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Tentera. Pengurniaan watikah tauliah oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan suatu acara istiadat yang membawa simbolik bahawa
para graduan dalam kalangan Pegawai Kadet UPNM telah bersedia memikul tanggungjawab
dan bersumpah setia memberikan komitmen jitu untuk berbakti sepenuhnya kepada negara
dalam mengekalkan kedaulatan dan memastikan kelangsungan kepentingan strategiknya. Tidak
ketinggalan juga bagi pelajar awam yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau
PALAPES. Mereka juga memiliki keistimewaan yang lain daripada graduan universiti lain, apabila
turut menerima Watikah Tauliah Diraja apabila tamat latihan. Graduan UPNM juga memiliki
keistimewaan yang tersendiri kerana apabila bergraduat, mereka akan terlibat dalam dua acara
besar iaitu Istiadat Konvokesyen dan Istiadat Pentauliahan setelah tamat pengajian. Dalam
kedua-dua acara ini, mereka akan menerima ijazah dan watikah tauliah yang disempurnakan
oleh Canselor UPNM iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Laporan Naib Canselor
23
Laporan Tahunan 2013
UPNM