Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 23

22
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Pemerkasaan Aspek Pengajaran dan Pembelajaran
UPNM juga sentiasa memastikan aspek pengajaran dan pembelajaran serta latihan ketenteraan yang
dijalankan menepati penanda aras yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pertahanan Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia, serta agensi akreditasi lain yang
berkenaan termasuk Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC), dan Majlis Perubatan
Malaysia.
Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan pelajar secara holistik
dapat dijayakan, tiga aspek utama sangat dititik beratkan di UPNM iaitu
domain cognitive
,
domain
affective
dan
domain psychomotor
.
Domain cognitive mencakupi kemampuan intelektual para pelajar dalam berfikir secara
analytical
.
Oleh demikian, segala dasar yang diperkenalkan di UPNM digarap dengan rapi dan mengambil
kira domain ini dimana perhatian secara proportional diberikan supaya potensi para pelajar
dapat diperkembangkan secara optimum.
Domain cognitive
ini juga diterapkan di dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khusus agar perkembangan intelektual pelajar dapat
diseimbangkan seiring dengan perkembangan kematangan mereka. Domain ini juga amat penting
diterapkan kepada semua pelajar kerana sebagai seorang bakal pemimpin, mereka perlu berupaya
berfikir secara strategik dan boleh membuat keputusan-keputusan penting berpandukan kepada
senario, realiti dan sumber sedia ada.
Dalam memastikan perkembangan sikap dan nilai para pelajar, fokus juga diberikan kepada
penerapan dan penerimaan
domain affective
yang amat diperlukan bagi memastikan graduan UPNM
dapat dibentuk menjadi seorang insan kamil yang seimbang. Keseimbangan ini dalam erti kata lain
merangkumi pembangunan nilai kemanusiaan yang menampilkan kebolehan sosial dan komunikasi
yang tinggi. Para pelajar diterapkan dengan perwatakan sebagai seorang ketua dan menjadikan nilai-
nilai murni sebagai falsafah hidup mereka. Produk sistem akademik dan latihan ketenteraan yang
diterapkan di universiti ini digarap agar ianya seimbang seperti yang dihasratkan.
Bagi
domain psychomotor
pula, para pelajar diterapkan dengan latihan fizikal yang berorientasikan
kepada tingkah laku secara berulang-ulang bagi memastikan mereka memiliki kemahiran dan
kematangan fizikal serta bersedia untuk melakukan sesuatu aktiviti dalam alam pekerjaan dengan
cekap dan berkesan.
Laporan Naib Canselor
1...,13,14,15,16,17,18,19,20,21,22 24,25,26,27,28,29,30,31,32,33,...146
Powered by FlippingBook