Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 29

28
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
mahasiswa berkualiti
4.0 Aktiviti Promosi Pendidikan Tahun 2011
Promosi pendidikan merupakan salah satu aktiviti
wajib yang akan dilaksanakan setiap tahun bagi
mempromosikan UPNM dan juga program-program
bahagian yang ditawarkan. Golongan sasaran adalah
terdiri daripada pelajar sekolah, lepasan SPM, STPM,
Matrikulasi, Kaunselor-kaunselor sekolah dan juga ibu
bapa. Promosi ini diadakan untuk memberi pendedahan
kepada orang luar berkenaan latar belakang UPNM,
program pengajian yang ditawarkan, syarat kemasukan
dan tatacara membuat permohonan masuk ke UPNM,
kadar yuran pengajian dan lain-lain lagi. Promosi sebegini
akan dapat memotivasikan pelajar serta membimbing
dan menarik minat mereka untuk memilih UPNM sebagai
destinasi pengajian mereka.
Promosi UPNM juga ditingkatkan dengan lawatan dan
penyertaan Hari Kerjaya di sekolah-sekolah. Pelajar Kadet
UPNM daripada ketiga-tiga perkhidmatan juga dibawa
bersama untuk membantu mempromosikan UPNM.
Dengan kehadiran Pelajar Kadet di dalam aktiviti promosi,
minat pelajar sekolah untuk menyertai UPNM melonjak
tinggi. Jadual aktiviti promosi UPNM 2011 adalah seperti
Jadual 4.
1...,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28 30,31,32,33,34,35,36,37,38,39,...143
Powered by FlippingBook