Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 22

21
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
demikian, di dalam keghairahan menerbit, saya
ingin berpesan agar ahli akademik UPNM berhati-
hati perihal jenayah akademik-plagiat yang menular
di kalangan cendekiawan dewasa ini. Namun saya
ingin mengucapkan syabas kepada ahli akademik
UPNM yang cemerlang di bidang penyelidikan dan
inovasi. Semoga disiplin ini diperkasakan lagi ke
peringkat industri pertahanan dan menjangkau
‘beyond frontiers’ di peringkat antarabangsa.
Kedua:
Disiplin dalam pengurusan, pentadbiran
dan logistik.
Disiplin aspek ini memerlukan pemerkasaan pengurusan,
pentadbiran dan logistik yang efisien dan efektif, “on a
need basis not a want basis” dan berhemah. Ianya bukan
hanya di peringkat pengurusan tertinggi atau di peringkat
Ketua Jabatan bahkanmelibatkan semua warga UPNM.
Aliran kerja, guna tenagamanusia, bekalan, penggunaan
aset dan perkhidmatan yang jugamerangkumi
kemudahan asas haruslah di tahap kos yang efektif, yang
jugameliputi penjimatan kos penggunaan tenaga eletrik,
air dan lain-lain perkhidmatan.
Ketiga:
Disiplin dalam pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab.
Pemerkasaan disiplin di sini bermaksud,
mengoptimumkan pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab utama dan sekunder. Sebagai
seorang siswa disamping tanggungjawab untuk
cemerlang di dalam akademik dan latihan, siswa
juga harus cemerlang didalam sukan dan aktiviti ko-
kurikulum. Begitu juga ahli akademik dan jurulatih
yang dipertanggungjawabkan mendidik dan melatih
juga harus aktif didalam aktiviti kemasyarakatan
dan berusaha untuk memperkasakan
kecemerlangan universiti, dan staf bukan akademik,
dalam memberi bantuan khidmat yang efektif dan
efisien perlu juga berusaha ke arah kecemerlangan
siswa dan universiti.
Agenda Keempat:
MEMPERKASAKAN KUALITI.
Penanda aras kecemerlangan adalah kualiti.
Walaupun kualiti kadangkala begitu abstrak, kualiti
kecemerlangan UPNM adalah diukur dengan
penanda aras berikut:
Pertama:
Melahirkan ‘Intellectual Leaders of
Character;’
Kedua:
Mentranformasikan UPNM sebagai
‘Boutique University;’
Ketiga:
Mengangkat imej UPNM sebagai ‘Leading
Defence University In The Region’; dan
Keempat:
Merealisasikan misi UPNM untuk
cemerlang berkhidmat kepada negara sebagai
universiti pertahanan premier, dalam aspek
kepimpinan dan kemajuan profesional, pencarian
laporan naib canselor
ilmu, penyebaran pengetahuan dan aplikasi sains
dan teknologi dan penyelidikan polisi pertahanan.
Pengurusan, pentadbiran dan logistik UPNM
mesti menepati kualiti yang telah dikenal pasti.
Pengajaran, latihan dan pendidikan di UPNM mesti
menepati penanda aras yang telah ditetapkan oleh
MQA, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian
Pertahanan dan memenuhi penanda aras untuk
pengiktirafan antarabangsa.
Menjadi sumber tenaga manusia yang efisien,
profesional dan berkualiti tersemat di sanubari
warga UPNM sebagai pemangkin dalam
memperkasakan kesinambungan kecemerlangan.
Agenda Kelima:
MENYANGKAL POLARISASI PRINSIP,
KECENDERUNGAN DAN PENDAPAT.
Polarisasi prinsip, kecenderungan dan pendapat,
merupakan aspek yang memecah belahkan
kesatuan dan potensi bekerjasama di dalam
sesebuah organisasi.
Polarisasi yang dimaksudkan adalah di dalam
aspek keakuran dan pendekatan melaksanakan
dasar-dasar dan peraturan kerajaan termasuklah di
peringkat universiti.
Saya mengambil maklum bahawa wujud keluwesan
(flexibility) dan imuniti pemikiran akademik.
Pemikiran kreatif, inovatif dan kritikal amat dituntut
di kalangan siswa dan pensyarah. Kedua-duanya
perlu wujud sempadan yang memisahkan antara
kreativiti, inovatif dan kritikal dengan aspek-aspek
peraturan, dasar dan undang-undang. Dalam situasi
masyarakat majmuk universiti, antara staf awam
dan tentera, mahupun staf akademik dan bukan
akademik, impak pertembungan budaya berpotensi
menjurangkan kesatuan dan mencetuskan
polarisasi tegar.
Konsep 1 MALAYSIA di peringkat nasional dan 1
UPNM diperingkat universiti telah dilancarkan dan
kedua-duanya masih berkuatkuasa. Pendekatan
ini dihasratkan bagi menangani dan menyangkal
polarisasi. 1 MALAYSIA dan 1 UPNM mesti di
perkasakan dan dibudayakan. Warga UPNM wajib
mengamalkan satu budaya satu visi.
Saya juga melihat bahawa konsep ini bukan saja
mampu mengintegrasi dan menyatukan bahkan
berpotensi menjana komitmen ke arah pengurusan
yang efektif dan juga sebagai langkah-langkah
penjimatan kos dan guna sama logistik dan
pentadbiran. Dalam situasi pengurusan universiti
menghadapi kekangan dan cabaran belanjawan
mengurus dan pembangunan, konsep ini juga
dilihat mampu menyusutkan tekanan kesan jangka
pendek mahupun jangka panjang.
1...,12,13,14,15,16,17,18,19,20,21 23,24,25,26,27,28,29,30,31,32,...143
Powered by FlippingBook