Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 26

25
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bukan lagi nama asing dalam arena Pengajian Tinggi
Negara. Meskipun merupakan universiti paling muda di antara 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam
negara, UPNM cukup terkenal dengan jolokan “Boutique University” iaitu sebuah universiti yang kompak
dipacu oleh kecemerlangan. Kini, UPNM terus memangkin bidang Pengajian Tinggi Negara fokus dalam
bidang penyelidikan dan pengajian pertahanan dan keselamatan selaras dengan falsafah dan hasrat
penubuhannya. Diilhamkan penubuhannya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun
Abd Razak sewaktu memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, UPNM merupakan di antara
komponen organisasi yang turut terlibat dalam memacu agenda pemodenan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM).
Peranan UPNM dalam memacu pemodenan ATM dan memangkin kesinambungan Pengajian Tinggi Negara
kini dilihat semakin penting peranannya dan mula dilihat bakal pelajar sebagai sebuah institusi penting
yang melahirkan “Intellectual Leaders of Character” bagi keperluan pertahanan dan keselamatan negara
khusus untuk ATM serta keperluan pelbagai sektor dalam negara sama ada swasta mahupun awam. Atas
dasar kepentingan dan sumbangan strategik UPNM kepada negara, saban tahun UPNM menjadi tumpuan
bakal pelajar untuk melanjutkan pengajian dan saban tahun juga jumlah permohonan meningkat sehingga
mencecah angka puluhan ribu pemohon.
1.0 Pengambilan Pelajar
Urusan pengambilan pelajar diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) yang
diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Pendaftar. Objektif penubuhan Bahagian Pengurusan Akademik
adalah untuk memastikan urusan pengambilan, kemasukan, pendaftaran pelajar, maklumat rekod,
peperiksaan dan pengijazahan diuruskan dengan berkesan seiring dengan matlamat dan objektif
Universiti. Bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, beberapa unit pentadbiran telah diwujudkan
semata-mata memastikan fungsi dan peranan BPA dalam menguruskan hal kemasukan dan pengambilan
berjalan dengan lancar. Antara unit berikut adalah Unit Kemasukan dan Promosi, Unit Peperiksaan dan
Pengijazahan, Unit Rekod dan Pendaftaran dan Unit Pentadbiran dan Senat. BPA juga berperanan sebagai
urus setia bagi Mesyuarat Senat Universiti.
mahasiswa berkualiti
mahasiswa
berkualiti
1...,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25 27,28,29,30,31,32,33,34,35,36,...143
Powered by FlippingBook