22
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Lt Jen Dato’ Seri Allatif bin Mohd Noor
Naib Canselor
Saya begitu bangga dan berasa teristimewa kerana saya didampingi oleh cendekiawan, cerdik pandai di
dalam pelbagai bidang dan kepakaran, staf pentadbiran dan pengurusan, staf dan jurulatih tentera dan
siswa kadet mahupun awam. Satu kombinasi pasukan yang unik dan unggul di Malaysia mahupun di
rantau ini.
Kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi bukanlah hasil pemikiran dan tenaga, individu tertentu sahaja,
tetapi hasil dari keikhlasan sumbangan seluruh warga organisasi tersebut. Tidak ada pasukan yang hanya
mempunyai seorang ahli tetapi lebih dari satu yang tertentu menjadikannya satu pasukan. Kecemerlangan
pasukan adalah hasil usaha dan kejayaan ahli-ahli pasukan tersebut. Begitu juga hakikatnya dengan
kecemerlangan UPNM, ianya adalah hasil kerja dan prestasi warga UPNM.
Akhir kata, saya ingin sekali lagi menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua
organisasi kerajaan, badan berkanun, swasta, orang perseorangan dan semua yang terlibat dalam apa jua
kaedah, yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung kepada Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia. Usaha-usaha murni ini, amat dihargai dan disanjungi. Sebagai mengakhiri lembaran Laporan
Tahunan UPNM 2011, ingin saya menyampaikan nukilan hati saya:
Kalau tidak teras bintang
Suluh menyuluh luar perahu
Kalau hendak sendiri datang
Suruh menyuruh kita tak tahu
Tinggi bukit gilang gemilang
Air dilaut tenang tenangan
Budi sedikit manakan hilang
Itu nama kenang kenangan
Panglima gagah naik pedati
Panglima tangkas permainan cakri
Hasrat cemerlang terpahat dihati
Semoga tercapai IMPIAN dihajati
laporan naib canselor