19
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
memperkasakan kesinambungan
kecemerlangan.
Agenda Kedua:
MEMPERKASAKAN
DASAR PEMEGANG TARUH
KEMENTERIAN PERTAHANAN.
Kewujudan UPNM adalah untuk
menghasilkan pemimpin tentera
yang profesional di samping
membekalkan pemimpin di
sektor awam dan swasta. Dalam
erti kata lain menghasilkan
“Intellectual Leaders of
Character”. Kementerian
Pertahanan memerlukan
pemimpin yang berkemampuan
untuk melaksanakan perintah
dan arahan berdasarkan
falsafah ketenteraan dengan
aplikasi teori, doktrin, konsep,
teknik dan pendekatan yang
profesional dan intelek. UPNM
juga merupakan pembekal ilmu
bagi peningkatan dan kemajuan
akademik, penyelidikan dan
inovasi sains keselamatan dan
pertahanan, di samping menjadi
pusat rujukan jurusan strategik,
keselamatan dan pertahanan.
Sungguhpun aspek ini telah
diperakukan dan menjadi KPI
UPNM, saya ingin menegaskan
disini agar semua warga UPNM
memahami dasar ini dalam erti
kata yang sebenar-benarnya
serta perlu memperkasakan
pengimplimentasiannya.
Agenda Ketiga:
MEMPERKASAKAN DISIPLIN.
Aspek disiplin merupakan tunjang
utama bagi memperkasakan
kesinambungan kecemerlangan.
Disiplin begitu sinonim dengan
UPNM, ia merangkumi identiti
ciri-ciri; tatatertib, kepatuhan,
ketaatan, kawal diri, latih diri,
sistem, jurusan dan lapangan.
• Siswa UPNM wajib berdisiplin.
• Pensyarah UPNM wajib
berdisiplin.
• Staf UPNM wajib berdisiplin
dan semua warga UPNM
wajib berdisiplin.
Kerana disiplin itu adalah identiti
UPNM. Serta disiplin itu akan
memastikan pemerkasaan
kesinambungan kecemerlangan
menjadi realiti.
Perspektif disiplin yang saya
utamakan adalah:
Pertama:
Disiplin dalam latihan,
pembelajaran, pengajian dan
pendidikan.
Pemerkasaan disiplin
kecemerlangan akademik dan
latihan siswa dengan memastikan
semua siswa UPNM mencapai
PNGK 3.0 ke atas. Mendisiplin
siswa ke arah ini tidak mustahil
jika ianya dilaksanakan dengan
aturan dan ritual jitu. Siswa
perlu mendisiplinkan diri ke
laporan naib canselor