Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 21

20
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
arah menepati ciri-ciri seorang siswa yang holistik,
intelek dalam akademik, perkasa dalam sukan,
pemimpin dalam aktiviti sosial pelajar diperingkat
nasional, bestari dalam debat dan pengucapan
awam, bersahsiah tinggi, berhemah dalam mental
dan spiritual dan yang paling penting seluruh
siswa UPNM mendisiplinkan diri ke arah penanda
aras graduan UPNM mencapai status “Intellectual
Leaders of Character”. Disamping itu dengan
tegas saya nyatakan bahawa “toleransi sifar” (zero
tolerance) dalam menangani kes
ragging
atau dera
dan jenayah. Siswa semestinya bebas dari gejala
yang memudaratkan tatatertib. Saya begitu optimis,
bahawa semua siswa UPNM mampu mendisiplinkan
diri kerana siswa UPNM adalah antara yang terpilih
dari yang dipilih. Siswa UPNM adalah golongan elit
pelajar universiti yang berprestasi tinggi. Tahap
kesukaran dan bebanan yang ditanggung adalah
jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan siswa
di universiti tempatan mahupun antarabangsa.
Apa yang menjadikan sebahagian dari siswa
UPNM lebih hebat adalah, siswa ditaja untuk
belajar dan dijaminkan kerjaya yang murni selepas
siswa bergraduat dan ditauliahkan. Hakikat
ini mengangkat martabat sebagai siswa yang
teristimewa.
Begitu juga halnya disiplin di kalangan ahli
akademik dan staf bukan akademik.
Sewajarnya warga UPNM sedar dan maklum
bahawa disiplin adalah perkara asas dan
fundamental di UPNM.
Dari kaca mata masyarakat umum, rakyat Malaysia
mahupun di peringkat antarabangsa, warga UPNM
dipagari dan terlingkung dengan “ekpektasi”
sebagai insaniah yang mengamalkan disiplin
sebagai budaya hidup seharian.
Oleh itu, mengadaptasikan dan memartabatkan
disiplin sebagai langkah pertama di UPNM adalah
kritikal kerana ahli akademik dan staf UPNM
merupakan mahaguru, contoh dan ‘role model’
kepada siswa.
“Masakan ketam mampu mengajar anaknya
berjalan lurus”
dan semestinya “dimana bumi dipijak, disitulah
langit dijunjung”.
Ahli akademik juga dituntut mengikuti disiplin arus
perdana kependidikan negara, dalam konteks
pembangunan bakat akademia, penyelidikan
dan inovasi, penyebaran idea-idea, pengetahuan
serta penemuan baharu, melalui penerbitan buku,
jurnal dan makalah serta penerbitan berimpak
tinggi. Berdisiplin sebegini akan memperkasakan
kesinambungan kecemerlangan UPNM.
Saya juga begitu mengharapkan, agar penerbitan
dan publikasi UPNM dapat dimurnikan, sungguhpun
laporan naib canselor
1...,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 22,23,24,25,26,27,28,29,30,31,...143
Powered by FlippingBook