Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 19

18
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Begitu juga dalam aspek
merealisasikan visi, misi dan
objektif UPNM yang harus
didukung dengan pembudayaan
budaya satu UPNM, satu budaya
satu visi yang berteraskan
kewajipan, maruah dan integriti.
Pelbagai kekangan dan cabaran
yang perlu ditangani dan apa
yang kritikal adalah pemerkasaan
tegas dalam pengimplimentasian
dasar sedia ada bagi memastikan
matlamat kecemerlangan dicapai
secara menyeluruh.
NDUM Strategic Plan (Revised)
2012-2015 - “Creating A Future
Of Excellence” disusun agar
selari dengan Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara serta
apa yang telah diamanahkan
oleh pemegang taruh utama iaitu
Kementerian Pengajian Tinggi
dan Kementerian Pertahanan.
“Memperkasakan
Kesinambungan Kecemerlangan”
Agenda Pertama:
Memperkasakan Dasar
Pemegang Taruh Kementerian
Pengajian Tinggi
Agenda Kedua:
Memperkasakan Dasar
Pemegang Taruh Kementerian
Pertahanan
Agenda Ketiga:
Memperkasakan Disiplin
Agenda Keempat:
Memperkasakan Kualiti
Agenda Kelima:
Menyangkal Polarisasi Prinsip,
Kecenderungan dan Pendapat
Intipati memperkasakan
kesinambungan kecemerlangan
membawa natijah bahawa
pemerkasaan kecemerlangan itu
harus diindoktrinasikan melalui
disiplin dan kualiti dengan
menyangkalkan polarisasi prinsip,
kecenderungan dan pendapat.
Ianya harus dilaksanakan dengan
memastikan kesinambungan
perancangan dasar sedia ada
iaitu “Melestarikan Sangga
Intelek berteraskan Pelan
laporan naib canselor
Strategik UPNM 2012-2015” yang
digarapkan dengan dasar sedia
ada pemegang taruh utama.
Memperkasakan kesinambungan
kecemerlangan berteraskan
kepada lima agenda.
Agenda Pertama:
MEMPERKASAKAN
DASAR PEMEGANG TARUH
KEMENTERIAN PENGAJIAN
TINGGI.
Di samping melaksanakan fasa
kedua Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara, Yang Berhormat
Menteri Pengajian Tinggi telah
menyenaraikan 8 agenda dan
64 pernyataan dasar, inisiatif
dan perubahan struktural yang
terkandung dalam amanat saya
bertemakan “Berfikiran Global
Bertindak Lokal” sebagai satu
penegasan langkah-langkah
untuk:
• Membina modal insan berilmu
dan berkemahiran tinggi;
• Menjalankan penyelidikan
yang bermakna;
• Menghasilkan inovasi
berimpak besar; dan
• Bertindak untuk kepentingan
pembangunan, kemajuan dan
transformasi negara.
Amanat ini perlu menjadi asas
dan panduan untuk terus
melangkah gagah mendepani
masa hadapan yang lebih
gemilang. Justeru, semua
peringkat warga UPNM harus
menghayati dan menzahirkannya
sebagai langkah-langkah
1...,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18 20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,...143
Powered by FlippingBook