Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 18

17
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
laporan naib canselor
laporan
naib canselor
Terlebih dahulu, marilah kita menadah tangan memohon kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya buku Laporan Tahunan UPNM
2011 berjaya diterbitkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
kita Nabi Muhammad S.A.W. serta para anbia dan semangat dalam
mencerna minda intelek untuk melahirkan kecemerlangan.
Dengan rasa sukacita, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada semua warga UPNM, kerana telah sama-
sama berganding bahu, memerah tenaga dan berkhidmat dengan
penuh dedikasi didalam usaha penerbitan buku Laporan Tahunan
UPNM 2011 yang menonjolkan kecemerlangan imej dan keterampilan
UPNM. Sekalung penghargaan dan penghormatan ingin saya zahirkan
kepada pemegang taruh utama atau pun
stakeholder”, iaitu
Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan terutama
Yang Berhormat Menteri, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian
dan staf, di atas keprihatinan, sokongan dan bantuan bagi UPNM
merealisasikan pencapaian visi, misi dan fungsi sebagai sebuah
institusi pengajian tinggi awam premier di negara ini.
Kajian semula bagi Pelan Strategik 2009-2014 telah dilaksanakan
dan dengan itu terhasillah NDUM Strategic Plan (Revised) 2012-2015
yang mana telah meneruskan kesinambungan “Creating A Future
Of Excellence”. Pelan Strategik ini juga merupakan KPI UPNM bagi
memenuhi keperluan pemegang taruh utama UPNM iaitu Kementerian
Pengajian Tinggi ke arah merealisasikan Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara. NDUM Strategic Plan (Revised) 2012-2015 juga telah
diselaraskan dengan keperluan Kementerian Pertahanan.
1...,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17 19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,...143
Powered by FlippingBook