Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 8

7
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
Penganugerahan dan Pentauliahan
Pelanggan Operasi yang telah memenuhi syarat lulus program
akademik dan disahkan oleh Senat UPNM boleh dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang didaftarkan. Pelanggan
yang telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan lulus semua
latihan ketenteraan layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda
ATM. Tarikh kuatkuasa pentauliahan ialah pada tarikh terakhir
pengesahan keputusan peperiksaan akhir oleh Senat UPNM atau
pengesahan keputusan mata pelajaran LKU oleh Lembaga No 3
ATM.
Aduan Pelanggan
Aduan pelanggan yang tidak tertakluk kepada pihak ketiga akan
diselesaikan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh
sah aduan diterima.
1,2,3,4,5,6,7 9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,...143
Powered by FlippingBook