Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 4

3
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sejarah Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM)
bermula dengan penubuhan
Akademi Tentera Malaysia
(ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai
organisasi yang bertanggungjawab
menjalankan program pengajian
di peringkat Sarjana Muda dan
latihan ketenteraan kepada
Pegawai Kadet Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Peranan ATMA
kemudian diperluaskan melalui
naik tarafnya sebagai sebuah
universiti yang diwartakan pada
10 November 2006.
Di samping memperolehi kelayakan
profesional, semua Pegawai Kadet
ditauliahkan sebagai Pegawai ATM
dan mereka bakal berkhidmat di
pelbagai pasukan dalam Tentera
Darat, Tentera Laut dan Tentera
Udara. Manakala bagi pelajar
awam yang bergraduat mereka
bakal menceburi perkhidmatan
beruniform yang lain seperti
Agensi Penguatkuasaaan Maritim
Sejarah
Penubuhan
Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Jabatan
Imigresen Malaysia dan perkhidmatan
awam serta sektor swasta, terutama
dalam bidang industri pertahanan dan
keselamatan negara.
Di samping Pusat Asasi Pertahanan,
UPNM telah menubuhkan 4 buah fakulti
iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan,
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan,
Fakulti Pengurusan Pengajian Pertahanan
dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan
Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di
fakulti-fakulti adalah setanding dengan
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dalam dan luar negara. Program-program
ditawarkan oleh UPNM menarik minat
bakal pelajar kerana ia melibatkan
pengajian dalam bidang pertahanan dan
keselamatan. Pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi boleh diaplikasi kepada
pengurusan pertahanan dan keselamatan
negara, di samping dapat diaplikasikan
dalam sektor perindustrian yang
berteraskan sains dan teknologi terkini.
Sejarah
Penubuhan
1,2,3 5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,...143
Powered by FlippingBook