Page 237 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 237

Prestasi Kewangan

              . PRESTASI KEWANGAN



              STRATEGI KEWANGAN
              Bagi  menghadapi  cabaran-cabaran  semasa,  Strategi  Kewangan  UPNM  telah  diperkukuh
              untuk merealisasikan kemampanan kewangawn dan meningkatkan penjanaan pendapatan
              universiti melalui:
              a)  Business Process Reengineering
              b)  Tumpuan kepada Pengukuhan Rizab Tunai
              c)  Meningkatkan Kutipan Yuran

              d)  Meneroka dan Menjana Hasil Baru Yang Dapat Memberi Impak Signifikan
              e)  Mengurangkan Kos Operasi
              UPNM telah merangka Strategi Kemampanan Kewangan bagi tempoh Tahun 2021 sehingga
              2025 dengan memberi fokus kepada perkara seperti berikut:
              a)  Mengukuhkan Kedudukan Kewangan
              b)  Pembudayaan Inovasi Dalam Pengurusan Kewangan
              c)  Fokus kepada Outcome

              d)  Menambahbaik Nilai Penyampaian Perkhidmatan
              e)  Penggunaan ICT Dalam Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Kewangan
              f)  Meningkatkan Keupayaan Sumber Manusia

              SOROTAN 2021
              Pada  tahun  2021,  UPNM  telah  diluluskan  peruntukan  asal  oleh  Kementerian  Kewangan
              Malaysia (MOF) sebanyak RM100,353,000 meliputi RM80,353,000 (80.1%) untuk emolumen
              dan RM20,000,000 (19.9%) untuk bekalan dan perkhidmatan. Peruntukan Mengurus yang tidak
              mencukupi ditampung oleh Kumpulan Wang Rizab Universiti. UPNM telah membelanjakan
              keseluruhan peruntukan yang diterima pada tahun 2021. UPNM telah diluluskan penggunaan
              rezab  oleh  Lembaga  Pengarah  Universiti  (LPU)  sebanyak  RM39,118,987  dan  telah
              membelanjakan sebanyak RM14,456,662 (36.9%) sehingga 31 Disember 2021.
































             236   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242