Page 232 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 232

Sorotan Khas

                 HIMA UPNM 2021 pada kali ini melibatkan kategori Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
                 (82 penerima), Anugerah Akademik Cemerlang (40 penerima) dan Anugerah Hari Inovasi
                 (40  penerima).  Selain  itu,  seramai  13  staf  UPNM  turut  menerima  penghargaan  khas  dan
                 menjadikan anugerah ini sebagai pemangkin dan motivasi buat semua warga UPNM.






















                 Sesungguhnya majlis ini amat dinanti-nantikan oleh semua warga UPNM untuk meraikan
                 kejayaan  dan  kecemerlangan  kerjaya  dan  pencapaian  mereka  dalam  pada  tahun  2020.
                 Penerima dan pemenang anugerah amat bertuah sekali apabila HIMA 2021 turut dihadiri
                 ahli-ahli LPU serta Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sendiri iaitu Yang Berbahagia
                 Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim yang juga merasmikan majlis yang bersejarah ini.

                 Program  Service  Learning  Malaysia  -
                 University For Society (SULAM) Anjuran
                 FPKP UPNM
                 15 November 2021: Program Service Learning
                 Malaysia  -  University  for  Society  (SULAM)
                 anjuran  Fakulti  Perubatan  dan  Kesihatan
                 Pertahanan  (FPKP),  Universiti  Pertahanan
                 Nasional Malaysia (UPNM) diadakan pada 15
                 hingga 26 November 2021 di Bera, Pahang.
                 Seramai 50 pelajar perubatan Tahun 3 FPKP
                 diiringi 15 pensyarah melaksanakan program
                 ini bersama penduduk Orang Asli Kampung
                 Bukit  Rok  dan  Kampung  Ibam.  Objektif
                 program  SULAM  adalah  untuk  bersama
                 masyarakat    setempat     bagi   berkongsi
                 maklumat  berkaitan  kesedaran  kesihatan
                 serta  memberikan  panduan  dan  kaedah
                 pemeriksaan  kendiri  berkaitan  penjagaan
                 kesihatan.  Tema  program  SULAM  ialah
                 Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak.
                 Program  bermula  dengan  sesi  lawatan
                 pelajar-pelajar ke Kampung Bukit Rok pada
                 hari  Jumaat,  19  November  21.  Para  pelajar
                 melawat  rumah  masyarakat  setempat
                 dan  menyampaikan  maklumat  berkaitan
                 kepentingan  penjagaan  kesihatan  gigi
                 dan  berkongsi  kaedah  mencuci  tangan
                 dengan betul. Ini bertepatan dengan situasi
                 pandemik  sekarang  yang  memerlukan

                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   231
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237