Page 228 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 228
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Statistik Pelajar Bergraduat
Graf 3: Statistik Pelajar Bergraduat
Program Kursus Profesional/ Eksekutif
A. Defence Resource Management Course (DRMC)
Pelaksanaan: 11 hingga 15 Oktober 2021
Tempat: Pusat Marin, UPNM
Peserta: Pegawai ATM yang dicalonkan oleh Markas Tentera Udara.
Bilangan peserta: 9 orang
Pengenalan
Kursus ini telah ditawarkan di UPNM semenjak tahun 2010. Kursus ini dikendalikan oleh
sekumpulan pensyarah UPNM yang telah pun mendapat pendedahan dan latihan awal
di Defence Resources Management Institute (DRMI) di Monterey, California, USA.
Kursus dilaksanakan secara perbincangan berkumpulan di mana peserta akan diberikan
tugasan berdasarkan kepada real-world case studies and exercises. Peserta juga
turut didedahkan dengan pembelajaran secara hands-on bagi tujuan mendapatkan
pemahaman yang lebih mendalam mengenai aplikasi teori dalam membuat keputusan
dan penilaian sistem pengurusan, program dan dasar.
Objektif Kursus
a) Mengembangkan pengetahuan pegawai-pegawai ATM dan lain agensi keselamatan
di dalam membuat keputusan berhubung pengurusan sumber pertahanan yangterhad.
b) Mendedahkan peserta kepada teknik analitikal dalam membuat keputusan berhubung
pengurusan sumber pertahanan.
LAPORAN TAHUNAN 2020 227
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia