Page 223 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 223
Pembelajaran Sepanjang Hayat
C. Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan (Program UPNM
dengan kerjasama Maktab Turus Angkatan Tentera)
Tempoh Pengajian: Kohort 50 - Setahun (Jan 2021 - Jan 2022)
Tenaga Pengajar: UPNM dan MTAT
Pusat Penyelarasan: Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Maktab Turus
Angkatan Tentera
Badan Penganugerahan: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Memorandum Perjanjian (MOA): Kerajaan Malaysia (MTAT) dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia pada 1 Januari 2018
Program Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan (DPPSP)
ditawarkan untuk pelajar-pelajar Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Ia dikendalikan
secara bersama dengan melibatkan gabungan kepakaran dan tenaga pengajar UPNM
dan MTAT. Program ini dibangunkan khas untuk pegawai-pegawai Angkatan Tentera
Malaysia serta anggota tentera negara asing, berpangkat Mejar dan ke atas dengan
objektif pembelajaran seperti berikut:
4 Memberi nilai tambah pengetahuan. Program ini akan meningkatkan tahap
intelektualisme dan meningkatkan kefahaman dan tafsiran pegawai terhadap kursus
tentera dengan lebih sistematik.
4 Meningkatkan tahap pemikiran dan pandangan pegawai terhadap sesuatu isu
dan memupuk pemikiran kritis di dalam bidang strategik dan kajian keselamatan.
Keupayaan ini adalah amat penting untuk pegawai-pegawai tentera di dalam
membuat keputusan terutama kepada mereka yang terlibat dengan command and
control di dalam pengurusan-pengurusan ketenteraan.
4 Menyediakan peluang kepada lepasan graduan dari program ini untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di UPNM atau di Institusi Pengajian Tinggi yang lain.
Syarat Kemasukan
Lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang bersesuaian dari institusi pengajian
yang diiktiraf dengan pencapaian minimum PNGK 2.50, pengalaman bekerja sekurang-
kurangnya 3 tahun dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya dan diluluskan oleh Senat Universiti dari
semasa ke semasa.
Peserta Kursus Luar Negara, dalam kes pelajar di luar negara, pemilihan akan dibuat
oleh institusi mereka sendiri tentera dengan bantuan Kementerian Pertahanan masing-
masing. Ini adalah mengikut perjanjian yang dibuat oleh Program Kerjasama Pertahanan
Malaysia (MDCP). Walau bagaimanapun, kelayakan minimum seperti yang dinyatakan di
universiti umum dan keperluan khusus program perlu diperakukan oleh Senat Universiti.
222 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia