Page 221 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 221
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pengambilan Pelajar Tahun 2021
Tiada pengambilan dibuat pada tahun 2021 oleh kerana pengambilan 2019 (Kohort 3)
adalah pengambilan yang terakhir bagi program kerjasama ini. Pengambilan seterusnya
akan dijalankan sepenuhnya oleh pihak UPNM. Pengambilan 2019 (Kohort 3) dilanjutkan
tempoh pengajian ekoran daripada situasi pandemik yang semakin menular di seluruh
dunia. Pengambilan 2019 tamat pengajian pada tahun 2021.
Statistik Pelajar Bergraduat
Graf 1: Statistik Pelajar Bergraduat
B. MSc. In International Technology Management for Defence and Security
Tempoh Pengajian: Setahun
Tenaga Pengajar: University of Warwick, United Kingdom.
Pusat Penyelarasan: Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)
Badan Penganugerahan: University of Warwick, United Kingdom
Memorandum Perjanjian (MOA): BAE Systems Bofors AB dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia pada 4 Mac 2015
Menyedari keperluan khusus yang amat penting dalam pertahanan ketenteraan dan
persekitaran keselamatan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bekerjasama
dengan University of Warwick menawarkan Program MSc. in International Technology
Management for Defence and Security (MITMDS).
Program yang ditawarkan sepenuhnya oleh University of Warwick ini bertujuan untuk
menaikkan tahap kemahiran, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai tentera
dan eksekutif di dalam sektor industri pertahanan dalam bidang International Technology
(IT) di organisasi secara khususnya dan negara secara amnya. Tambahan lagi, program
ini dijalankan lebih kepada sekuriti dan pertahanan.
220 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia