Page 219 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 219
Pembelajaran Sepanjang Hayat
. PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)
Pada tahun 2010, Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) telah diwujudkan secara
organisasi ad hoc untuk membolehkan penawaran beberapa kursus pendek dalam kerangka
pembangunan eksekutif untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Perbadanan Hal Ehwal
Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) serta agensi keselamatan lain tidak kira swasta mahu
pun badan kerajaan. NIEEd secara rasminya ditubuhkan pada Jun 2010 dan diluluskan oleh
SENAT Bil.21/2011 pada 14 Jun 2011.
NIEEd merupakan sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan mengkoordinasi
program-program akademik luar kampus dan menyediakan latihan eksekutif serta
pembangunan profesional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan mengikut
keperluan industri pertahanan dan keselamatan negara. Tumpuan khusus kepada ‘creating
a future of excellence’ dengan membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan
pembangunan modal insan selaras dengan hasrat Kementerian Pertahanan dan Kementerian
Pendidikan Tinggi, Malaysia.
NIEEd terus bergerak ke hadapan dengan pelbagai perancangan program-program baharu
khususnya bagi program-program yang bersesuaian dengan permintaan klien di samping
menggiatkan aktiviti mempromosi program-program sedia ada bagi memastikan budaya
PSH serta pembangunan modal insan dijadikan amalan berterusan.
Visi
Meneraju pembangunan modal insan melalui pendidikan sepanjang hayat khususnya di
dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara.
Misi
NIEEd komited untuk menyediakan pendidikan eksekutif yang cemerlang, penyelidikan dan
program pembangunan profesional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan
melalui kerjasama dengan badan-badan tempatan dan antarabangsa untuk memenuhi
keperluan industri pertahanan dan keselamatan.
218 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia