Page 215 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 215

Hubungan Industri dan Korporat


































              UPNM juga mewujudkan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa dengan Universiti
              Luar Negara sempena menyertai EXPO Dubai 2020. Simbolik kerjasama strategik antara
              UPNM dengan UMS, UUM dan Universitas Syiah Kuala, Aceh Indonesia berkenaan Geran
              Penyelidikan.  Program-program  kerjasama  Akademik  dan  Mobiliti  dengan  universiti-
              universiti luar negara juga diwujudkan melalui simbolik kerjasama strategik antarabangsa
              bersama universiti-universiti berikut:
              a.  Universiti Beltei International, Cambodia

              b.  Universiti Macquarie Australia
              c.  Universiti Al-Qasimia, UAE
              d.  Universiti Syiah Kuala, Bandung, Indonesia
              e.  Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Malaysia

              f.   ADA University, Azerbaijan
              Kerjasama strategik bersama Uni Student, UAE juga diadakan bagi maksud pengambilan
              pelajar antarabangsa ke program pasca siswazah di UPNM dan program Summer Camp di
              Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan.
              HUBUNGAN UNIVERSITI - INDUSTRI

              Cabaran  pandemik  Covid-19  yang  melanda  negara  ini  telah  memberi  kesan  kepada
              Hubungan Universiti - Industri yang dikendalikan oleh Bahagian Jaringan Industri. Walau
              bagaimanapun,  aktiviti  hubungan  universiti  -  industri  ini  tetap  dijalankan  pada  tempoh
              waktu yang dibenarkan selari dengan arahan kerajaan melalui dalam talian (online) ataupun
              pertemuan dengan mematuhi arahan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
              Pelaksanaan  hubungan  dua  hala  ini  dilaksanakan  melalui  pembangunan  akademik  dan
              penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama serta program sangkutan tenaga
              pengajar/ Pelajar UPNM di Syarikat/Agensi sama ada dalam dan luar negara.
              Bagi maksud ini, UPNM turut terlibat dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti, industri
              dan stakeholder. Cabaran pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2021 telah memberi kesan
              kepada perancangan lawatan kerja/ program/ seminar/ persidangan berkenaan hubungan
              universiti - industri bagi tahun 2021 sama ada dalam dan luar negara.


             214   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220