Page 220 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 220
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Objektif
4 Sebagai ‘one-stop center’ mengkordinasikan pembangunan dan pelaksanaan program-
program akademik luar kampus di pelbagai peringkat (diploma, ijazah dan sarjana) bagi
memenuhi keperluan pengajian sepanjang hayat pegawai-pegawai dan anggota agensi
pertahanan dan keselamatan negara.
4 Menawarkan dan melaksanakan program pembangunan profesional seperti kursus
pendek, seminar, bengkel dan latihan selaras dengan keperluan agensi-agensi pertahanan
dan keselamatan khususnya dalam industri pertahanan Negara.
4 Menjana pendapatan Universiti secara konsisten melalui program-program akademik luar
kampus dan program professional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan.
Program Akademik
A. MSc. In Cyber Security and Management
Tempoh Pengajian: Setahun
Tenaga Pengajar: University of Warwick, United Kingdom.
Pusat Penyelarasan: Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Pusat Keselamatan
Siber UPNM
Badan Penganugerahan: University of Warwick, United Kingdom
Memorandum Perjanjian (MOA): BAE Systems Bofors AB dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia pada 4 Mac 2015
M enyedari keperluan khusus yang amat penting dalam pertahanan ketenteraan dan
persekitaran keselamatan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bekerjasama
dengan University of Warwick menawarkan Program MSc. in Cyber Security and
Management (MCSM).
Program yang ditawarkan sepenuhnya oleh University of Warwick ini bertujuan untuk
menaikkan tahap kemahiran, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai tentera
dan eksekutif di dalam sektor industri pertahanan dalam bidang keselamatan siber di
organisasi secara khususnya dan negara secara amnya.
Struktur Program
Program selama setahun ini ditawarkan secara modular dengan 10 modul dan satu
Projek/ Disertasi. Struktur program MCSM adalah seperti di Jadual 66:
Jadual 66: Struktur Program MCSM
Bil. Modul
1. Information Risk Management and Governance
2. Financial Analysis and Decision Making
3. Global E-Business
4. Digital Forensics, Evidence and Intelligence Research Methodology
5. Crypto-Systems and Data Protection
6. Security Architecture and Network Defence
7. Industrial Espionage and Counterfeiting
8. Leading Change
9. Business Strategy and Strategic Management
10. Project Planning Management and Control
LAPORAN TAHUNAN 2020 219
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia