Page 211 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 211
Hubungan Industri dan Korporat
. HUBUNGAN INDUSTRI DAN KORPORAT
KERJASAMA UPNM DENGAN AGENSI/BADAN/INSTITUSI DALAM DAN LUAR
NEGARA
JARINGAN INDUSTRI
Hubungan Industri Korporat merangkumi pembangunan hubungan dan kerjasama strategik
seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama serta pengkomersilan paten
universiti. Pada tahun 2020 UPNM berjaya menjalinkan kerjasama dengan 16 buah badan dan
institusi dalam dan luar negara. Manakala bagi tahun 2021, UPNM hanya dapat menjalinkan
hubungan strategik korporat dengan 8 buah badan dan institusi dalam dan luar negara iaitu
sebanyak 6 Memorandum Persefahaman (MoU) dan 2 Memorandum Perjanjian (MoA). MoU
dan MoA ini bagi tujuan mewujudkan kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan
keselamatan bagi maksud penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan akademik.
Daripada 8 MoU dan MoA yang dicapai pada tahun 2021, hanya tiga (3) sahaja melibatkan
kerjasama peringkat antarabangsa akibat terkesan daripada penularan pandemik Covid-19
yang melanda seluruh dunia amnya dan negara khususnya sejak sepanjang tahun 2020 dan
2021. Hampir keseluruhan kerjasama yang dirancangkan sama ada bersama badan dan institusi
tempatan ataupun luar negara telah tertangguh dan kembali aktif kesinambungannya pada
pertengahan dan penghujung tahun 2021 tertakluk kepada keadaan semasa pada ketika itu.
210 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia