Page 208 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 208
Penerbitan Ilmiah
Judul: Simplified Medical Microbiology - Part 1
ISBN: 978-967-2414-40-7
Format/Bahasa: E-Buku/Bahasa Inggeris
Pengarang: Shakira Shakirin, Marami Mustapa
Ringkasan: Medical Microbiology is an exciting field that
literally impacts our lives. This Simplified Medical Microbiology
e-book aimed to provide brief and accurate informations on
Medical Microbiology that are of particular significance in the
fields of infectious diseases. This e-book consists of colourful
infographics with highighted important points and will be
published in several parts. Your Medical Microbioly learning
process will not be boring anymore.
JURNAL ZULFAQAR
Logo ZULFAQAR
ZULFAQAR adalah jurnal pertama Penerbit UPNM dan
dikenali sebagai ZULFAQAR: Jurnal Pertahanan dan
Keselamatan Asia pada tahun 2010. Setelah beberapa tahun,
ZULFAQAR telah dinaiktaraf dan diterbitkan semula sebagai
ZULFAQAR dan dibahagikan kepada dua (2) kategori
penerbitan, ZULFAQAR: International Journal Politics,
Defense and Security (IJPDS) dan ZULFAQAR: International
Journal Science Engineering and Technology (IJDSET)
pada tahun 2014 bagi memberikan impak dan keterlihatan
penerbitan jurnal di dalam dunia penerbitan jurnal
terutamanya dalam bidang keselamatan dan pertahanan.
Mula disenaraikan dalam Malaysian Journal Management
System (MyJurnal) pada tahun 2015 dan Malaysian
Citation Index (MyCite) pada tahun 2017, jurnal ZULFAQAR
mula mengorak langkah untuk lebih berketrampilan
dan berhasrat untuk disenaraikan dalam jurnal bertaraf
SCOPUS. Mengorak langkah pertama ke arah penarafan
SCOPUS, jurnal ini dinaiktaraf sebagai jurnal yang boleh
diakses secara dalam talian bermula tahun 2015 dan dua
(2) kategori penerbitan ZULFAQAR dijenamakan semula
sebagai Journal of Defense Management, Social Science
and Humanities (JDMSSH) dan Journal Science Enginering
and Technology (JDSET). Jurnal ZULFAQAR mengalu-
alukan Pengarang untuk menyumbangkan makalah dalam
bidang Pertahanan dan Keselamatan, Pengurusan Strategik,
Dasar, Politik, Sejarah, Teknologi Ketenteraan, Keselamatan
Siber, Perubatan Ketenteraan, Senjata Kimia, Sains Tulen
dan yang seumpamanya untuk diterbitkan dan seterusnya
menyebarkan ilmu penyelidikan yang diperoleh.
Pautan: https://zulfaqar.upnm.edu.my/
LAPORAN TAHUNAN 2020 207
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia