Page 209 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 209
Penerbitan Ilmiah
National Defence University of Malaysia
ZULFAQAR Jurnal Pengurusan Pertahanan, Sains Sosial
dan Kemanusiaan (ZJDMSSH) diterbitkan dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Malaysia. ZJDMSSH terbuka untuk
Pengarang di seluruh dunia. Jurnal ini diterbitkan dua kali
dalam setahun (Jun dan Disember). ZJDMSSH menerbitkan
makalah dan ulasan semula makalah yang merangkumi
semua aspek pengurusan, sains sosial dan kemanusiaan.
Objektif editorial jurnal adalah untuk memudahkan
peningkatan pengetahuan yang berkaitan dengan
kajian dalam bidang berikut, tetapi tidak terhad kepada:
Pertahanan dan Keselamatan, Pengurusan Strategik, Dasar,
Politik, Sejarah dan subjek Sains Sosial lain yang berkaitan.
Semua penyerahan makalah untuk penerbitan akan disemak
sekurang-kurangnya oleh dua penilai pakar bidang. Jurnal ini
diterbitkan setiap dua tahun oleh Penerbit UPNM.
Pautan baharu: https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/
index.php/zjdmssh/index
e-ISSN: 2773-529X
ZULFAQAR Jurnal Sains Pertahanan, Kejuruteraan dan
Teknologi (ZJDSET) diterbitkan dalam Bahasa Inggeris
dan Bahasa Malaysia. ZJDSET terbuka untuk pengarang di
seluruh dunia. Jurnal ini diterbitkan dua kali setahun (Jun
dan Disember). ZJDSET menerbitkan makalah dan ulasan
semula makalah yang merangkumi semua bidang sains
pertahanan, sains kejuruteraan dan teknologi pertahanan.
Objektif editorial jurnal adalah untuk memudahkan
peningkatan pengetahuan yang berkaitan dengan kajian
dalam bidang tersebut, namun ia tidak terhad kepada:
Teknologi Ketenteraan, Keselamatan Siber, Perubatan
Ketenteraan, Senjata Kimia, Sains Tulen dan seumpamanya.
Semua serahan makalah untuk penerbitan akan disemak
sekurang-kurangnya oleh dua penilai pakar bidang. Jurnal
ini diterbitkan oleh Penerbit UPNM.
Pautan baharu: https://zulfaqarjdset.upnm.edu.my/index.
php/zjdmssh/index
e-ISSN: 2773-5281
208 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia