Page 226 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 226

Pembelajaran Sepanjang Hayat
                 Statistik Pelajar Bergraduat

                  Graf 3:         Statistik Pelajar Bergraduat



























                 D.  Diploma Pengurusan Logistik (DPL) dan Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP)
                     (Program UPNM dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia)

                     Tempoh Pengajian:  a)  Sepenuh Masa: 3 tahun (minima) dan 5 tahun (maksima)
                                         b)  Separuh Masa : 4 tahun (minima) dan 7 tahun (maksima)
                     Jenis Pengajian: Secara sepenuh masa dan separuh masa

                     Bahasa Pengantaraan: Bahasa Melayu
                     Kaedah Pengajian: Kerja kursus seperti kuliah, makmal, latihan amali, kerja individu, kerja
                     berkumpulan, pembentangan, penulisan laporan, latihan industri, ujian dan peperiksaan.
                     Tenaga Pengajar: UPNM dan TLDM
                     Pusat Penyelarasan: Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Fakulti Bekalan dan
                     Pengurusan, KD PELANDOK, TLDM Lumut.
                     Badan Penganugerahan: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                     Memorandum Perjanjian (MOA): Kerajaan Malaysia (TLDM) dan Universiti Pertahanan
                     Nasional Malaysia pada 23 Disember 2015.
                     Di  atas  permintaan  daripada  TLDM,  sebagaimana  yang  telah  diputuskan  di  dalam
                     Mesyuarat Lembaga Gabenor Pendidikan dan Latihan TLDM ke-62 pada 28 Jun 2012,
                     TLDM telah memohon kerjasama UPNM untuk membangunkan Program di peringkat
                     Diploma  khusus  bagi  menaikkan  kelayakan  akademik  anggota  lain-lain  pangkat.
                     Sebagai permulaan, dua program telah dikenal pasti iaitu Program Diploma Pengurusan
                     Logistik (DPL) dan Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP). Program ini dibuka kepada
                     anggota TLDM sebaik sahaja tamat latihan asas Perajurit Muda. Program kerjasama ini
                     dijalankan sepenuhnya di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut termasuk sesi kuliah
                     dan peperiksaan serta menggunakan kombinasi tenaga kepakaran daripada pensyarah
                     UPNM dan pegawai TLDM yang berkelayakan.
                     Objektif Program:
                     a. Meningkatkan taraf pendidikan anggota;
                     b. Pengiktirafan kelayakan akademik anggota;

                     c. Menyemai sikap Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di kalangan anggota; dan
                     d. Memenuhi dan mematuhi keperluan struktur laluan kerjaya anggota.

                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   225
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231